بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Januari 10, 2013

TUDIAA!! Abby Albody HENTAM Tok Him dan Perkasa Tak Berakhlak!!


'Janda Pas Pisang Goreng' dan 'Ustazah Mee Segera' paling popular ni, tak sudah-sudah dengan kenyataan keras mencari pasal menghentam orang. Dia punya kenyataan, serupa dirinya tu bagus ya amat!! Apa punya orang da.. masuk Pas tu tak semestinya sudah jadi muslim yang baik. Makin sesat lagi ada la!

Abby-Abby, Mc nasihatkan Abby, kahwin la cepat, mungkin Abby tak dapat berfikir waras, sebab 'lama tak dapat' kot. Sebab tu beremosi dan jiwa kacau je tu. he he..

Sabtu, Disember 22, 2012

Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit


Pengerusi DAP Perak mengaku buat pelaburan

Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam. 

Jumaat, Disember 21, 2012

PERKASA mahu beri mandat baru kepada Najib, Muhyiddin dalam PRU13


perkasa-7
Sekalung penghargaan buat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana terus berjaya memperkukuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu malah lebih membanggakan ialah kejayaan mengadakan perhimpunan PERKASA bagi majlis perasmian Persidangan Agung Perkasa ke-3 dengan kehadiran lebih 10,000 orang.

Semenjak 2008 berbagai NGO ditubuhkan namun PERKASA dilihat semakin kukuh dan berjaya memainkan peranannya untuk menjadi suara alternatif orang-orang Melayu sehingga boleh mengumpul keahlian lebih 300,000 orang seluruh negara.

Isnin, Disember 10, 2012

'Jangan biar SUARAM besar kepala'


SUARA ANAK HARAM 'SUARAM' PERLU DIHAPUSKAN???

Kerajaan digesa bertindak tegas dan mengambil tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang berterusan menyebarkan fitnah serta pembohongan sehingga mengelirukan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan SUARAM yang berterusan dan bebas membuat pelbagai dakwaan tidak benar, termasuk berkaitan isu kapal selam Scorpene, menyebabkan rakyat keliru.

Adakah SUARAM ini begitu kebal dan bebas menyebarkan fitnah serta pembohongan secara terbuka tanpa dikenakan tindakan.

Sabtu, Disember 08, 2012

AWAS dengan tektik pengkhianat bangsa, agama dan negara


jenain
HANYA orang bodoh saja yang percaya Anwar dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan haram ini benar-benar ikhlas membantu keluarga remaja Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang mati terkena peluru polis pada April 2010.

Semua peguam yang dilantik ‘membantu’ keluarga arwah ini adalah aktivis Pakatan haram dalam masa yang sama, menyerlahkan lagi agenda sebenar Anwar mempolitikkan perkara tersebut.

Situasinya sama jugalah macam Anwar menggunakan Deepak untuk memburukkan imej Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.  Deepak bebas menggunakan ruang dalam portal berita milik pembangkang dan para manipulator undang-undangnya untuk membantu Deepak sebagai balasan memburukkan Najib.

Jumaat, Disember 07, 2012

Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”


P1020300
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...