بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 04, 2011

Kalau tak membohong bukan Pakatan Rakyat lah namanya!


Dah tak boleh nak pusing, akhirnya Khalid Ibrahim membebel tentang persidangan khas DUN Selangor untuk mengembalikan kuasa Paduka Sultan Selangor, bagi membolehkan baginda diberikan kuasa untuk memilih Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Pada masa yang sama, kuasa itu juga akan diberikan kepada Menteri Besar Selangor.
Apa punya TEMBERANGLAH dengan kenyataan sebegini? Kenapa Khalid Ibrahim takut sangat nak buat kenyataan bahawa DIA YANG SEBENARNYA ingin kuasa, bukannya mengembalikan kuasa Sultan? Kenapa pula nak berselindung di belakang istana bagi merealisasikan kehendak dan keinginannya?
Nyata benar PKR dan Pakatan Rakyat Selangor menggunakan isu SUK untuk menunjukkan kecenderungan dan cita-cita mereka yang sebenar. KONON-KONONNYA apabila bercerita yang mereka hendak mengembalikan kuasa Sultan, maka UMNO akan terkulailah. Namun Khalid Ibrahim dan PKR-DAP tidak mampu langsung menyembunyikan keserakahan mereka terutama dengan kenyataan bahawa kuasa memilih SUK juga akan diberikan kepada Menteri Besar menerusi pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang baru.

Wikileaks SAUK..! Kesalahan Yb Shuhaimi SAMA Dengan Allahyarham Mohd Amin AL-MA’UNAH…., Boleh Kena Gantung Sampai Mati…..

Disebabkan pulut santan binasa…

Disebabkan mulut badan binasa…


Pada tanggal 2 Julai 2000, seluruh negara dikejutkan dengan satu peristiwa hitam yang berlaku di Bukit Jenalik…., ingatkah lagi Peristiwa SAUK..?


Orang nombor satu, Big Boss kepada pergerakan Al Ma’unah Mohamed Amin Mohamed Razali telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 4 Ogos 2006. Beliau didapati bersalah kerana mengetuai rancangan “melancarkan perang kebawah Duli Yang maha Mulia Yang Dipertuan Agong..”


OPs GERHANA

"Kepiah dibuang konon bergaya
Jangoat tergantung bahan perdaya
Pak Jangoat berangan ke Putrajaya
Rupanya ke Sg. Buluh jugak akhirnya"

Teman ucapkan tahniah kepada Dewan Ulama' PAS Kedah yang tegas mempertahankan konsep kepimpinan ulama' didalam PAS dan menolak buku bertajuk "Menuju PAS Baru" tulisan Dr. Mujahid Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar (kenyataan Sheikh Yusuf Mahmud, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Kedah teman perturunkan dibawah).

MESTI BACA ! Video & Bukti Anwar Songlap Wang Rakyat.

Penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai entri terbaru di dalam blog Ummi Hafilda. Isunya sangat berat dan telah mendedahkan kelakuan dan penyelewangan kuasa Anwar Ibrahim yangtidak diketahui oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini.


Di antara kenyataan di dalam blog Srikandi7 :-
PANAS, PANAS, PANAS WAHAI ANWAR DAN AZMIN SERTA PENYOKONG PKR, PAS SILA JAWABLAH SIAPA PENGKHIANAT BANGSA, SIAPA PEROMPAK HARTA NEGARA, SIAPA BAPAK RASUAH ,SIAPA AGEN YAHUDI,SIAPA PEMUSNAH DAN PEROSAK BUMI, SIAPA PENIPU BESAR, SIAP PUTAR ALAM,SIAPA MANUSIA DURJANA,SIAPA ? SIAPA ?JAWAB , JAWAB,JANGAN MENIPU RAKYAT LAGI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH DENGAN PENGAKUAN BERSUMPAH DATO MURAD, SELAKU TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA ,SEHINGGA MENGHERET BELIAU KEPENJARA. seterusnya

Isnin, Januari 03, 2011

Zahid dakwa Suaram sengaja mahu dedah maklumat pertahanan negara

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melalui Pengarahnya, Dr. Kua Kia Soong mempunyai niat tersembunyi iaitu mahu mendedahkan maklumat pertahanan negara kepada pihak luar.

Beliau berkata, niat tersembunyi tersebut dapat dilihat melalui tindakan Kia Soong yang melancarkan buku tulisannya, Questioning Arms Spending in Malaysia di London, pada 14 Disember lalu sedangkan, tiga hari sebelum itu, buku berkenaan sudah dilancarkan di ibu negara.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Pertahanan kini sedang meneliti aspek perundangan yang bakal diambil ke atas Kia Soong memandangkan beberapa isu yang dibincangkan dalam buku tersebut, menyentuh soal kerahsiaan pertahanan negara.

“Buku ini dilancar di London dua minggu lalu dan saya melihat tujuannya adalah untuk mendedahkan soal pertahanan negara kepada pihak luar. Ini sudah tentu ada tujuan tersirat oleh Suaram dan penulis itu sendiri (Kia Soong) untuk memburukkan negara.

“Kita sedang meneliti aspek undang-undang ke atas Kia Soong dan saya juga sudah menyerahkan buku ini kepada semua pegawai kanan Kementerian Pertahanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.


Segera insaf, bertaubat

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pemimpin Melayu liberal yang menjadi 'buah catur' kepada portal berita propembangkang, The Malaysian Insider dan Malaysiakini digesa supaya segera insaf dan bertaubat daripada terus diperalatkan.

Ini kerana dakwa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, kedua-dua portal berita tersebut begitu agresif memainkan isu-isu yang dilihat bertujuan bagi memecahbelahkan orang Melayu.

Selain itu, beliau berkata, persoalan siapa pihak ketiga yang menaungi dan menyediakan dana kepada portal tersebut juga menimbulkan tanda tanya, apatah lagi hubungan rapat antara 'orang kuat' di Malaysian Insider dengan negara asing.

Kontroversi Lagi: Media Pro-Umno Suka Menangguk dan Menyampuk.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau?
Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid?
Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran?
Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?"

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu. ( baca di sini.... ) youth convension 111210 teo nie ching

Bekas PM dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), TunAbdullah Ahmad Badawi berkata setiap individu dinasihatkan supaya lebih sensitif ketika menjalankan sebarang aktiviti melibatkan agama dan harus berfikir sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian negara. ( sila baca selanjutnya.....)
"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," katanya.

Manakala Menteri Besar Kelantan pula menyatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.(sila baca...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...