بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 01, 2011

Keretapi lama bangkit nostalgia

SURA GATE – Keretapi adalah sistem pengangkutan utama yang terbukti berjaya memacu perkembangan ekonomi berasaskan perlombongan bijih besi suatu ketika dahulu. 

Namun, akibat penutupan lombong bijih di Bukit Besi pada awal 70-an, sistem pengangkutan ini terus lumpuh sehingga menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai bukan sahaja kepada individu yang pernah melalui zaman penuh nostalgia itu, malah kepada bangsa asing yang pernah bekerja di lombong yang dikuasai British. 

NIK AZIZ DAN KUAN YEW - PANDANGAN TUN MAHATHIR

Sesuatu yang mungkin kita dapat renungkan apabila melihat lanskap politik kita di Malaysia. Artikel ini diambil dari blog Tun Mahathir sendiri.


1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka. 


2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam? 

Isnin, Januari 31, 2011

Cabul: Rayuan ustaz ditolak

Hakim

ALOR SETAR 31/01/2011 3:32 pm – Seorang guru agama kelu apabila Mahkamah Tinggi Alor Setar mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 kerana mencabul seorang kanak-kanak di sebuah rumah yang dijadikan pusat Qiraati lima tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menolak rayuan Nasruddin Niamat, 36, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 13 Okt 2009.
Mohd Azman berkata keputusan Majistret Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 adalah mematuhi prosedur mahkamah.
Guru agama itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.
"Walaupun rayuan awak ditolak, ini bukan keputusan akhir kerana awak masih ada peluang. Awak boleh buat rayuan di Mahkamah Rayuan,” kata Mohd Azman.
Menurut kertas pertuduhan, Nasruddin dituduh mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah bilik yang dijadikan kelas mengaji al-Quran di sebuah rumah di Lorong Teratai 1, Taman Berjaya, Jalan Pegawai pada 9.45 pagi, 8 Jun 2006.
Dalam rayuannya, tertuduh yang mempunyai seorang isteri dan empat anak, memberi alasan kanak-kanak itu masih di bawah umur dan tidak dapat memberi keterangan selain tidak memahami kepentingan mengangkat sumpah.
Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim mengendalikan kes itu manakala tertuduh diwakili peguam Rahmatullah Baharuddeen. - Bernama

Melayu Singapura Berdisiplin Hanya Di Republik Itu – Dr. M

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis mengakui bahawa Melayu Singapura lebih berdisiplin semasa di negara mereka tetapi berubah sebaliknya sebaik sahaja menyeberang ke Malaysia.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat republik itu tanpa mengira bangsa sememangnya berdisiplin dan kebenaran itu diakuinya dengan memberi contoh bahawa mereka tidak akan membuang sampah di jalan menyebabkan jalan-jalan di Singapura amat bersih.
“Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan,” katanya dalam entri di blognya, Chedet di sini.

Ahad, Januari 30, 2011

Ke mana undi Cina?

SELAIN menanti keputusan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini, Awang teruja untuk melihat sikap pengundi Cina. Dalam 13 pilihan raya kecil lalu yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, tidak banyak perubahan kepada pendirian pengundi Cina yang lebih memihak kepada pembangkang.

Walaupun pemimpin BN menunjukkan kemurahan hati dengan memenuhi banyak permintaan NGO dan masyarakat Cina setempat di sesuatu kawasan pilihan raya kecil, ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi.

Inilah persoalan menarik. Apakah kali ini ada perubahan sikap kepada pengundi Cina yang kini lebih terikat dengan aspirasi DAP dan PKR?

Pengajaran kejatuhan kerajaan Tunisia

REVOLUSI rakyat mula melonjak di dunia Arab. Ia bermula di Tunisia dan kini menjalar di beberapa negara Arab. Revolusi massa itu menonjolkan kebangkitan rakyat, terutamanya generasi muda yang bangkit memprotes dan menentang pemerintahan negara masing-masing yang dilihat bermasalah.

Senario kebangkitan revolusi massa ini turut berlaku di Mesir, Jordan dan Yaman.

Di Tunisia, ia bermula dengan tindakan seorang sarjana yang bernama Bouazizi membakar diri sebagai lambang protes terhadap kerajaan yang gagal menyediakan peluang pekerjaan serta membaiki ekonomi Tunisia telah menjatuhkan kerajaan.

TONTON DAN NILAIKAN SESUMPAH DI BUMI BERTUAH


Lihatlah bertapa hipokritnya si munafik ni, bila ada jawatan puji melambung dan bersumpah setia tapi bila dipecat terus dilaung diktator di huru harakan negara. anjing pun tahu menghargai tuannya walau hanya diberi tulang tapi ini lebih hina dari anjing setelah diberi dulang emas. Dari keluarga bangsat datangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...