KOTA BARU, 2 Feb — Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Pengerusinya Prof Mohd Noor Deris berkata kenyataan Nik Abdul Aziz seperti mengundi PAS masuk syurga dan tidak mengundi PAS disifatkan golongan jahiliyah dilihat bercanggah d
engan syarak kerana boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.
Sehubungan itu beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.
“Kalau dibiarkan perkara ini ramai orang mati kerana murtad, atau keluar dari Islam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.