
Sejak akhir-akhir ini ada protes kecil dari Khairy samada secara terbuka mahupun secara dalam twitter. Seperti yang diluahkan oleh seorang Blogger terpanas Parpukari perlu diberi perhatian. Ini kerana Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno dan BN beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata atau tulisan yang boleh mengugatkan silaturrahim antara anggota parti. Apa yang diluahkan oleh parpukari patut menjadi kayu pengukur bahawa Umno kini sudah kehilangan taring seorang pemimpin Pemuda.
Khairy tidak sepatutnya kesal kerana tidak dilantik menjadi menteri kabinet. Perdana Menteri mungkin ada asasnya tersendiri dalam meneliti kebolehan Khairy. Walaubagaimanapun Khairy masih mempunyai kehidupan yang agak selesa dengan menjadi menantu kepada seorang mantan Perdana Menteri pulak tidak sepatutnya jawatan menteri itu menjadi subjek yang penting baginya.
