بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Ogos 14, 2012

Logo Sebangsa, Senegara, Sejiwa Ciplak Logo Dari Israel?



BIAR GAMBAR NI BERBICARA TENTANG KEMERDEKAAN PAKATAN HARAM..!!!

Ada nampak tak persamaan gambar yang ditunjukkan dibawah, perjuangan mereka tu tetap sama. Dari penilaian gambar saja dah menunjukkan tujuan mereka tiada beza, serupa dengan puak kejam Israel.

Isnin, Ogos 13, 2012

Haram, Berdosa Undi DAP




KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

Selasa, Mac 13, 2012

FATWA BARU NIK AZIZ UNTUK PENIAGA PASARAYA DI KOTA BHARU (BANDARAYA ISLAM) ??



Hanya satu perkara yang dijamin masuk syurga, korang kalau nak masuk syurga korang kena buat benda nie. tak perlu sembahyang dan tak perlu puasa.

Korang kena dengar CD ceramah PAS, pasal dengar CD ceramah PAS dijamin masuk syurga, benda ni bukan aku yang kata tapi Pengarah Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu yang keluarkan, korang boleh baca sendiri surat tu.

Tajuk surat cd ceramah agama, tapi bila baca isi, cd ceramah pas, sejak bila pulak pas tu jadi agama dan agama itu pas?

Jumaat, Mac 09, 2012

PABM - Mengangkat Martabat Bahasa Melayu


PABM , Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012
Penganjuran PABM menunjukkan kejayaan negara untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Ia membolehkan negara di luar Nusantara mengenali serta mempelajari bahasa yang sering digunakan oleh negara di Asia Tenggara.

Khamis, Mac 08, 2012

Saya nak jadi PM, bukan MB



Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.
“Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak… Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM,”

Rabu, Mac 07, 2012

Memang Amerika bantu Anwar



KUALA LUMPUR 6 Mac - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan ternyata benar apabila ia diakui sendiri beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah mereka mendakwa, bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.

Selasa, Mac 06, 2012

Ada pemimpin keturunan Yahudi dalam DAP ???


Laman web NationMaster menulis, keturunan Teresa Kok Suh Sim adalah Chinese-Jewish.

“Teresa Kok Suh Sim (Chinese: 郭素沁) born 31 March 1964) became the first Chinese-Jewishwoman to be elected into the Malaysian parliament”.

Jika perkara tidak benar , beliau wajib menyaman laman web terbabit  . Kalau diam itu bermakna tanda setuju ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...