بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.
Jumaat, November 30, 2012
Khamis, November 29, 2012
UMNO TEGAR DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM
Sesungguhnya, UMNO sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam sepertimana termaktub dalam Perlembagaan parti, sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah.
Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain.
Soalnya, adakah sebuah parti yang menguruskan ehwal pentadbiran negara seperti UMNO dengan begitu cemerlang layak dituduh sebagai tidak Islamik dan dinista semahunya?
Rabu, November 28, 2012
Dong Zong Bukan Anti Kerajaan Tetapi Anti-Melayu
Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta. Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.
Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina. .
Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.
Selasa, November 27, 2012
APAKAH BANGSA MELAYU PERLU BERDIAM DIRI APABILA DIPERKECIL2KAN BEGINI?????
HIMPUNAN HIJAU : CINA TUNJUK KEHEBATAN MEREKA KEPADA BANGSA MELAYU - 13 MEI MUNGKIN BERULANG ????
Himpunan Hijau sebenarnya sengaja dibuat-buat setelah mahkamah mejatuhkan bahawa Lynas boleh diteruskan operasinya.
Himpunan Hijau yang turut dihadiri oleh MP Ipoh Timur Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah) dan Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) sebagai isyarat kepada bangsa Melayubahawa bangsa cina sudah menjadi bangsa majoriti.
Semasa Himpunan Hijau itu diadakan mereka jelas mengutuk dan mengeji bangsa Melayu seperti"balik kampung tanam jagung", ini menunjukkan mereka sudah bermegah bahawa bangasa mereka sudah disokong oleh bangsa Pas dan Anwar Ibrahim.
Dulu bila orang tua-tua berkata "Melayu jika berpecah Cina akan ambil kesempatan", kata-kata itu dinafikan oleh kita ketika itu tapi kini sudah benar-benar berlaku.
Jadi ke mana arahtuju bangsa Melayu akhirnya?
Isnin, November 26, 2012
Hindraf - Kaduk Naik Junjung nak jadi Menteri pulak...
Hindraf hari ini melancarkan pelan tindakan lima tahunnya yang menggariskan tuntutan bagi menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti.
Penasihat kumpulan itu N Ganesan berkata, Hindraf akan menyokong mana-mana parti yang mempersetujui cadangan tersebut dalam "perjanjian formal" dengan gerakan tersebut.
Katanya, langkah itu bagi membolehkan usaha yang fokus dan tertumpu ke arah penyelesaian masalah yang dicadangkannya.
Beliau juga mahu Hindraf mengetuai kementerian tersebut kerana rakyat, menurutnya, tidak lagi mempercayai ahli politik yang suka membuat janji tetapi tidak ditepati.
Tambahnya, pelan tindakan itu mengenalpasti enam masalah yang perlu diselesaikan, membabitkan masyarakat India Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang serta cadangan penyelesaiannnya. -mkini
Ahad, November 25, 2012
NEW YORK POST : ANWAR HAIWAN AMFIBIA PALING BAHAYA!!
| Pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara |
"Persetujuan secara konsensus mesti diperolehi" dalam merangka setiap dasar dan prinsip pentadbiran. Sebarang perkara tidak boleh dilaksanakan jika salah sebuah parti dalam pakatan tidak bersetuju.
Itu prinsip persefahaman yang telah dicapai di antara parti-parti dalam pakatan pembangkang.
Untuk ingatan rakyat semua, prinsip inilah yang bakal menggagalkan dan seterusnya menjahanamkan pentadbiran pakatan pembangkang jika mereka mendapat mandat majoriti dalam PRU13 akan datang!!
Ideologi dan perlembagaan parti di antara DAP, PAS dan PKR sangat berlawanan di antara satu sama lain.
Sabtu, November 24, 2012
Murtad & Kafir: Penafian Nik Aziz Bukti UMNO Terima Islam
KENYATAAN ULARMAK PUTAR-BELIT
SEMUA orang tahu yang Nik Aziz sudah keluar kenyataan nafi ada kafir dan murtadkan UMNO. Kenyataan ini dikeluarkannya melalui laman Facebook miliknya setelah kecaman demi kecaman diterimanya apabila video yang membuktikan perkara tersebut menjadi viral di Internet.
Biasalah Nik Aziz, dia beriman dengan undi dan pilihanraya, bukan dengan Allah swt. Sebab itu senang-senang boleh tuduh UMNO kafir dan murtad, dan kemudian senang-senang nafikan apabila dapat tahu ramai orang mengecam.
Tapi tidak mengapalah, kita ada video untuk buktikan apa yang kita kata. Dengan adanya video itu, Nik Aziz nafi pun kena, kalau dia betul maksudkan pun kena.
Langgan:
Catatan (Atom)
