بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Disember 21, 2010

Perkasa mohon bertemu Agong lebih awal

KUALA LUMPUR 22 Okt. 2008 - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memohon untuk menyerahkan surat watikah taat setia dan sumpah ikrar kepada Yang di-Pertuan Agong seawal yang boleh, kata Presidennya, Datuk Ibrahim Ali. 


Beliau berkata, penyerahan surat watikah itu adalah sebagai tanda sokongan Perkasa untuk mempertahankan apa jua yang terkandung dalam kenyataan akhbar khas Raja-raja Melayu berhubung orang Melayu, agama Islam dan Kaum Pribumi Malaysia.

Ibrahim Ali mengenai PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ditubuhkan sebagai reaksi daripada keadaan sosio-politik Negara yang tidak menentu selepas pilihanraya Mac 2008. Banyak perkara-perkara dasar yang menyentuh hak-hak masyarakat teras atau pribumi seperti Agama Islam dan peranan Raja-Raja Melayu serta perkara-perkara penting yang terkandung dalam perlembagaan 153 telah secara berani dipertikai dan dipersoalkan secara terbuka, rakus, dan tidak ilmiah samada oleh bangsa Melayu sendiri apatah lagi yang bukan Melayu.

Melayu, bumiputera perlu bersatu

Orang Melayu dan bumiputera di negara ini yang berlainan fahaman politik digesa bersatu melindungi hak-hak mereka yang terkandung di dalam Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


Gesaan itu disampaikan oleh bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail pada majlis perasmian laman web Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Kini PERKASA untuk Melayu

Kalau orang Cina ada Dong Jiao Zong, Hindraf untuk orang India… kini PERKASA untuk Melayu


Sebelum ada pihak memperleceh usahanya, Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi beri kata dua mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang baru ditubuhkan serta diketuai beliau. 


Katanya, PERKASA yang akan memperjuangan hak orang Melayu dan pribumi negara ini bukan retorik politik dan beliau bersedia dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pertubuhan itu dilihat boleh mencetuskan kebimbangan kaum lain. 

Pelancaran Web Perkasa - 21 Oktober 2008

Dengan takzimnya kami mempersilakan seluruh pribumi Malaysia ke majlis pelancaran lamanweb Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada jam 4.00 petang hari ini (21 Oktober 2008).


PERKASA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar. Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Fasal 152 dan Fasal 153.


Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA adalah bermatlamat:

Mesyuarat Penubuhan "Pribumi Perkasa"

Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi e.g soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dll. 


Cadangan nama asal "Pertubuhan Pribumi Perihatin (PERIHATIN)" telah diubah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) setelah ada yang hadir mengatakan nama PERIHATIN telah pun digunakan oleh pertubuhan terdahulu. 


Lagu Pribumi Perkasa Negara


PRIBUMI PERKASA NEGARA

Maju langkah bersatu
Perkasa darah tubuh bangsa-ku
Jiwa nan cekal pahlawan dulu
Bina kekuatan baru

Suara anak Malaysia
Pertahan nilai bangsa mulia
Agama, Raja, Ne-ga-ra tercinta
Pribumi Perkasa Negara

CHORUS

Musuh mencabar ku gempur
Berangkai kita bersama
Walaupun -- bungaku kan gugur
Bersambung juang anak merdeka
(Merdeka !!)

VERSE

Ini Tanah bertuah
Warisan kita untuk semua
Makmur ba-hagia selama-lamanya
Pribumi Perkasa Negara

(Music Interlude)
Ulangan Dari Rangkap Awal
…………………………………

Pribumi Perkasa Negara
Pribumi Perkasa Negara

Ciptaan dan gubahan: Mirza Abdullah
Lirik: Fuad Hassan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...