بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Disember 25, 2010

JAWAPAN DATO' IBRAHIM ALI PADA KHAIRI JAMALUDDIN

Perkasa punca BN hilang undi kata KJ. Cakap org tak ada akal, bodoh, cakap macam org gila. Perkasa baru tubuh selepas PRU ke 12 BN kalah teruk sebab org benci beliau (KJ), bolot projek semua org tahu, besar kepala kerana bapa mertua jadi PM. Masuk politik baru 2-3 tahun dan dapat tempat kerana bapa mertua jadi PM. Menang Ketua Pemuda kerana politik wang. Perkasa di tubuh sebab tak mahu Melayu berpecah. Kenyataan KJ adalah kenyataan tolol, budak yg sudah sasau, nafsu besar tapi dah hilang taring. Org benci Pak Lah sebab KJ kontrol Pak Lah. Kalau Perkasa di tubuh sebelum PRU ke 12 ada logik. Memang bodoh KJ ini. UMNO lagi rosak ada org akal putus macam KJ. TQ. 

Sumber - Dato Ibrahim Ali @ Facebook

PAKATAN LEBIH BAHAYA DARI BN

Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih berbahaya berbanding Barisan Nasional (BN), sekiranya diberi peluang memerintah negara kerana pemimpinnya menunjukkan reaksi awal akan mengubah dasar dalam Perlembagaan.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, membuat pandangan berkenaan dengan merujuk kepada perkembangan terbaru PR, termasuk kenyataan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Konvensyen PR kali kedua, baru-baru ini.

Menurutnya, dasar-dasar kebangsaan dipertahankan sejak negara mencapai kemerdekaan akan runtuh sekiranya pemimpin daripada PR mendapat kuasa.

“Pemimpin Parti Keadilan Rakyat membawa fahaman Pluralisme yang menekankan kesamarataan, tidak mustahil semua bangsa akan menjadi bangsa resmi dan semua agama akan menjadi agama resmi negara suatu masa nanti.

“Mereka (pemimpin PR) berjanji akan buat macam-macam perubahan sekiranya diberi peluang memerintah selama 100 hari, mereka kata boleh rombak dasar-dasar dan tidak keterlaluan saya katakan negara akan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ nanti,” katanya.

Ibrahim berkata, hasrat menghapuskan ISA juga berbahaya kerana ia akan menyebabkan tunjuk perasaan berleluasa serta menyemarakkan isu perkauman.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, tengah hari semalam, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Ampang Puteri, sejak dua bulan lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu disambut kira-kira 1,000 penyokongnya dari seluruh Kelantan.



Jumaat, Disember 24, 2010

MAHATHIR HINA KONSEP 1MALAYSIA !!

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sebelum ini menolak sebarang soalan berkaitan Gagasan 1Malaysia hari ini membuat kenyataan tersebut secara mengejut.

Ada beberapa sumber yang boleh dipercayai, Tun M telah menghina konsep 1Malaysia. 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibentuk bagi mengembalikan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Berikut merupakan komen Tun M mengenai konsep 1Malaysia.

Sumber2 tersebut sebenarnya datang dari Pembangkang yang cuba melaga2kan Tun M dengan kepimpinan sedia ada. Tun M hari ini mengisytiharkan menyokong konsep 1Malaysia yang dilihat satu konsep yang dinamik buat rakyat Malaysia.

Tun M juga memuji pendekatan Datuk Seri Najib yang dilihat berjaya menerangkan kepada rakyat mengenai konsep ini. 1Malaysia katanya adalah kesinambungan dari Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Presiden UMNO ini dan pada masa itu, ianya merupakan 1 tempoh percubaan ke arah perpaduan rakyat Malaysia.
Kini 1Malaysia menyahut seruan Wawasan 2020 dan kata beliau jika ianya berjaya, tidak mustahil Malaysia akan mencapai sebuah Negara Maju pada tahun 2020.

Tun M kini secara terbuka menyokong gagasan 1Malaysia. Akan tetapi, kita tidak boleh selesa dan mengambil enteng terhadap konsep ini. Penerangan mengenai konsep ini mesti dirancakkan agar ianya tidak menjadi satu liabiliti terhadap rakyat.

Semua pihak termasuklah UMNO mesti terus bekerja keras dalam memastikan perpaduan kaum terus diperkuat. Jangan biarkan mana2 pihak menggunakan konsep ini demi kepentingan satu2 bangsa sahaja kerana ianya adalah sebuah gagasan kesemua kaum berlandaskan prinsip Perlembagaan Negara kita.

by Gelombang Rakyat

PRK TENANG - TOK HIM DAKWA BN AKAN KALAH??

Alhamdulillah, setelah selepas menjalani rawatan susulan, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kini kembali mewarnai politik tanah air. Beliau yang baru berlepas ke Kelantan semalam telah mengulas mengenai PRK DUN Tenang yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tok Him di dalam kenyataanya menggambarkan bahawa DUN Tenang merupakan satu ujian sebenar BN jika dibandingkan dengan PRK Batu Sapi dan Galas. Kemenangan PRK sebelum ini hanya merupakan kemenangan moral buat BN bukan menunjukkan kekuatan BN yang sebenar. DUN Tenang dakwanya sebagai petunjuk sebenar samada kekuatan politik tanah air terletak pada BN ataupun Pakatan Pembangkang.

Ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana Pakatan mampu memerintah Negara, beliau secara peribadi lebih rela BN sebagai tunggak Negara kerana Pakatan katanya sememangnya meletakkan misi mengubah perlembagaan Negara secara halus tanpa disedari mana2 pihak. DAP dan PKR sebagai tunggak gabungan tersebut akan melakukan apa sahaja termasuklah menghapuskan Melayu dan Islam di dalam perlembagaan demi mencapai misi menakluk Malaysia.

Melayu CinDia mengucapkan selamat berjuang buat Tok Him di dalam Perkasa. Ramai di kalangan ahli politik amat rindukan Tok Him.


Post by... Melayu CinDia

Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas

PASIR MAS 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan itu dibuat berikutan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.

25 DALIL DAP PALING RASIS DIDUNIA



  • Menuduh Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus tidak kompeten, tidak profesional,pengecut dan patut diberhentikan ekoran isu curi pasir ditapak projek politeknik balik Pulau.
  • Artikel 'Kontroversi' Yang Menyebabkan Guan Eng Kecut Perut !

    Di sini disertakan artikel penulis yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia yang menyebabkan Lim Guan Eng melenting dan kemudian menuduh penulis pula yang menyebarkan fitnah terhadap beliau. 

    Respons Guan Eng begitu standard. Beliau cepat menuduh pihak lain membuat fitnah untuk menutup kesalahan beliau sendiri. 


    Seperkara lagi, portal pro-pembangkang telah spin isu ini seolah-olah Guan Eng adalah mangsa fitnah. Situasinya akan memihak kepada Guan Eng apabila olahan berita portal ditulis sekerat-kerat dan tidak menceritakan perkara yang sebenarnya. 

    Malah blog bapa Lim Guan Eng pun telah menyiarkan laporan berita yang sekerat-kerat itu. Apakah itu adil namanya?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...