بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 03, 2011

Masjid Dicemari Khalid 'Gereja'

Semalam, saya dan jemaah di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan tidak selesa, gara-gara masjid dicemari dengan tindakan ahli politik yang rakus mencari publisiti murahan.

Kira-kira 15 minit sebelum khutbah Jumaat bermula, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam bangun dan mengumumkan beliau akan menyampaikan tazkirah mengenai isu Hijrah. Dalam tazkirahnya itu, Khalid Samad mengandaikan bahawa para jemaah tidak faham erti Hijrah yang sebenarnya, justeru menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskannya.

Soalannya kenapa pihak masjid terus membenarkan seorang yang tidak bertauliah seperti Khalid berceramah, sedangkan ada arahan yang jelas daripada Sultan Selangor agar masjid tidak dipolitikkan? Untuk makluman, ini bukan kali pertama masjid tersebut membenarkan ahli politik berceramah di situ.

Ternyata topik yang dipilih Khalid itu bertujuan membela dan memberi justifikasi kepada tindakan ahli politik DAP Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Serdang bersenamrobik di perkarangan sebuah masjid di Balakong.

Ini dapat dilihat apabila Khalid amat menitik-beratkan aspek kita sebagai orang Islam mesti menghormati orang bukan Islam. Bukankah di Selangor ini, orang Melayu teramat menjaga hati dan menghormati orang bukan Islam terutama orang-orang DAP? Bukankah sejak 2008, orang Islam di Selangor sentiasa disuruh bersabar dan memberi laluan kepada orang bukan Islam di situ? Nak macam mana lagi YB?

Kepada pihak pengurusan masjid, tolonglah jangan jadikan kami para jemaah ini sebagai lembu yang dicucuk hidung. Kami datang ke masjid untuk beribadat dan menghambakan diri kepada Allah SWT, bukannya untuk dipaksa mendengar ceramah ahli politik yang amat memualkan. - Utusan Malaysia
Oleh Cucu Tok Mahmud

PERKASA Selangor sokong perlantikan SUK negeri Selangor -ABY

PERKASA Selangor menyokong penuh perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK negeri Selangor dan ia nya tidak perlu di pertikaikan kerana beliau berkelayakan serta mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan, Yang penting kita beri dia peluang dan bantu beliau untuk mengurus jawatan tersebut. Mana mana pemimpin parti politik tidak perlu bimbang dengan pelantikkan tersebut, yang penting sesiapa saja yang menjawat jawatan tersebut mesti menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.
Kenyataan pesanan rengkas yang dikirimkan kepada pribumiperkasa.com oleh Sdr Abu Bakar Yahya selaku Ahli Dewan Tertinggi dan juga Pengerusi PERKASA Daerah Kelang, Berikutan dengan kekalutan yang melanda pentadbiran Negeri Selangor didalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Isu pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor timbul apabila Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan Isnin lalu mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.
“Janganlah terlalu di politikan sangat pentadbiran negeri Selangor ini nanti rakyat yang sengsara. rakyat biasa menerima sesiapa saja yang di pilih atau di lantik asalkan dapat mengurus dan mentadbir kerajaan negeri dengan baik serta rakyat mendapat nikmatnya.”
Menurut Sdr Abu Bakar lagi, PERKASA sentiasa memerhatikan tindakan mana mana pemimpin tidak kira daripada bangsa apa atau parti mana sekalipun jika kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu di utamakan dan rakyat di pergunakan PERKASA tidak akan teragak agak untuk tidak menyokongnya dalam PRU akan datang lebih lebih lagi jika tidak menghormati Islam dan mencabar Kesultanan serta mempertikaikan ketuanan Melayu.
Pesanan akhir beliau berbunyi ” jika ada mana mana individu yang tidak selesa Bersultankan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Silalah berhijerah keluar dari negeri Selangor dan segenab jajahan takloknya.”

Elak Kisah Hang Nadim

Yang terakhir ialah usaha penyingkiran Tan Sri Ali Hashim yang dianggap tokoh kontroversial dalam isu ini yang dilakukan secara terancang. Sesiapa yang memerhatikan dengan rapi dan teliti pendekatan Ali akan menyaksikan dua perkara penting yang berlaku terhadap Johor Corporation.
Pertama, kemampuannya memperkasa Johor Corporation dan anak syarikatnya yang berjumlah hampir 300 buah sebagai sebuah entiti korporat yang dihormati dan disegani. Kedua, pendekatan Islam yang diambilnya iaitu memperkenalkan produk Islami yang menarik seperti Wakaf Korporat, Klinik An Nur, pembayaran zakat yang berterusan, menjamin pasaran halal KFC, Pizza Hut, Ayamas, Rasamas dan lain-lain lagi adalah suatu lonjakan berani yang mengambil pendekatan wasatiyyah atau sederhana iaitu suatu pendekatan yang amat serasi dengan iklim sosioekonomi dan politik Malaysia.

Berhati-Hati Dengan Agenda Malaysia Insider Dan Malaysiakini


SAYA sememangnya tidak terkejut apabila mendapati dari semasa ke semasa, dua portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini dan The Malaysia Insider terus menyiarkan kenyataan pihak-pihak yang dilihat cuba menggugat institusi Melayu dan umat Islam.
Kedua-dua portal ini akan memperalatkan siapa sahaja yang bersedia menjadi kuda tunggangan mereka untuk membuat kenyataan-kenyataan yang cenderung ke arah tersebut.
'Permainan' yang cuba dicorakkan oleh portal-portal itu sebenarnya cukup berbahaya di kala mereka menyiarkan kenyataan yang menuduh sesetengah media arus perdana bersikap perkauman.
Tindakan mereka berbuat demikian sepatutnya memberi peringatan kepada orang Melayu dan umat Islam terhadap agenda tersembunyi media seumpama itu.
Laporan-laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini dan Malaysia Insider dilihat lebih bersifat perkauman serta sentiasa sahaja membuka ruang bagi menyerang institusi Melayu dan umat Islam secara halus.
Walaupun agenda mereka sudah ketara namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa, malah turut menjadi tanda tanya kepada kita ialah apa kesudahannya hasil siasatan berhubung siapa yang membiayai kedua-dua portal ini.

Yang Pedas untuk Yang Buta Sejarah.

Penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia.

Secara peribadi, penulis merasakan intipatinya pedas dan keras tetapi ianya sangat bertepatan agar mesej bernas itu dapat menembusi kedegilan dan keras kepala sesetengah pemimpin bukan Melayu.


Mereka ini masih tidak sedar diri dan sekarang ditambah pula dengan definasi 'buta sejarah'.


Di antara lain :-

Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.


MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.


Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. 


Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.


Video Menarik ! Wacana Perdana - Melayu Bersatu ??

Penulis tertarik dengan klip video Wacana Perdana yang diadakan baru-baru ini. Ianya membincangkan isu kaum Melayu di negara ini yang berpecah belah disebabkan oleh perbezaan ideologi politik masing-masing.

Sila lihat video di bawah :-




Memang benar bahawa wacana tersebut dapat memberi input yang berguna kepada kita tetapi penulis skeptikal kepada follow up selepas wacana tersebut.

Di dalam hal ini juga, penulis beranggapan bahawa terpulang kepada kepimpinan tertinggi di dalam parti UMNO dan PAS untuk merealisasikan harapan tersebut dan bukannya orang bawahan seperti kita semua. Mereka yang sepatutnya lebih akur dan peka kepada keperluan kaum mereka.

Selagi mereka tidak merasakan keresahan dan kekhuatirannya, jangan mimpilah kaum Melayu akan bersatu.

Mahkamah : Anwar Kekal Gay !

Lihat jangan tak lihat....!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...