بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 08, 2011

GEMPAR! SETIAUSAHA PAS DITANGKAP POLIS KERANA MENCABUL KANAK-KANAK!


Belum pun selesai isu adun Selising, PAS dilanda satu lagi masalah apabila Setiausaha Parti PAS Hulu Selangor ditahan reman selama 5 hari kerana didapati mencabul kanak-kanak yang belajar di Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (PASTI)

Ini bukan fitnah, anda boleh mengesahkan perkara ini dengan menelefon Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641222

Untuk pengetahuan korang PASTI ni adalah tadika milik PAS! Sepatutnya anak-anak kita selamat ditangan mereka tapi nampaknya PAS memang sudah buktikan yang mereka ni mempunyai NAFSU BINATANG! 

Dah tak kenal mangsa dah, budak-budak pun mereka cabul! Bangsat sungguh parti ajaran syaitan ini! Wahai sahabat sekalian, apa lagi, sebarkan cerita ini!



Posted by House PK 

PEMERINTAHAN PAKATAN YANG MENGUNDANG BALA.

Prof Aziz Bari UIAM mengatakan petaka  Malaysia jika Pakatan kalah dalam PRU13 nanti. Penguasaan Pakatan terhadap kerajaan negeri tidak memadai kerana kerajaan pusat kuasanya lebih luas. Kerjaan BN sekarang tidak mengamalkan konsep Fedralism dalam erti kata yang sebenar berdasarkan tidak member kerjasama kepada kerajaan Pakatan dinegeri-neneri yang dikuasa Pakatan. Oleh itu perubahan politik mesti dilakukan dengan transformasi politik dari sekarang. Jangan biarkan kuasa pada tangan UMNO yang elit korup ketika berucap dimakan malam anjuran Pas Bahagian Batu digombak.

( Ref:  Siasah  Dis 31, 2010 – Jan6,2011/4)

PERKASA tarik 15,000 berhimpun di Pasir Salak

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengadakan satu perhimpunan di Perak pada 26 Februari bagi memberi penerangan berhubung "agenda orang Melayu dan Bumiputera."

Perhimpunan itu adalah susulan daripada perhimpunan yang diadakan di Pasir Mas, Kelantan sebelum ini, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Perhimpunan itu akan diadakan di Pasir Salak di negeri itu, yang terkenal sebagai tempat bersejarah dengan peristiwa pembunuhan residen British JWW Birch.

PERKASA tolak suruhanjaya diraja kes Teoh

NONE

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan persekutuan tidak meneruskan cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu tidak perlu memandangkan penghakiman terbuka dalam inkues sebelum ini memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.

"Ia (keputusan) mahkamah terbuka. Jadi maksudnya, kita serah kepada polis untuk disiasat (punca kematian). 

"Kalau ada yang bersalah, dia boleh didakwa. Kenapa hendak sibuk dengan suruhanjaya," kata Ibrahim

"Bererti, ia tidak menghormati keputusan inkues, keputusan mahkamah," tambahnya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi PERKASA di ibu negara petang ini, Ibrahim secara sinis berkata pihaknya terperanjat "atas keterbukaan dan baiknya kerajaan" menubuhkan suruhanjaya itu.

Jumaat, Januari 07, 2011

Kerajaan PKR Selangor Perlu Dapat Perkenan Sultan – Tun Mahathir

KERAJAAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.

"Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan dengan mendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja baru

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara hari ini setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab berkata, Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara. - Bernama

Hormat lantikan Khusrin - Alumni PTD

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) meminta pentadbiran negeri Selangor menghormati keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Presidennya, Tan Sri Salehuddin Mohamed berkata, kerajaan Selangor juga perlu memberi peluang kepada Mohd. Khusrin berkhidmat dengan jujur dan cemerlang sebagai SUK menggantikan Datuk Ramli Mahmud.

"Kami yakin beliau akan berbuat demikian kerana adalah menjadi tradisi dan budaya yang diamalkan dan dimegahkan di kalangan pegawai PTD untuk berkhidmat dengan setia di bawah kerajaan yang memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Alumni PTD, yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Mohd. Khusrin yang dipertikaikan dan ditolak kerajaan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berasa dukacita dan berasa bimbang terhadap impak negatif yang akan berbangkit.

Salehuddin berkata, impak berkenaan membabitkan integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik khasnya dan perkhidmatan awam amnya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...