AIDCNews – 22/01/11 – Di dalam perjumpaan tertutup Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ABIM dan bekas ABIM, di rumah Profesor Osman Bakar baru-baru ini, Anwar sehabis mungkin berusaha mengasingkan dirinya dengan Khalid Jaafar dan peranan gelap ke arah ‘menghancurkan’ Islam yang dimainkan oleh IKD (Institut Kajian Dasar) dan sekutu-sekutunya, termasuk MEGC (Middle Eastern Graduate Centre ), Jalantelawi.com, dan KSJT (Komuniti Seni Jalan Telawi). Termasuk juga peranan gelap ODC (Open Dialogue Centre) di bawah arahan Azmin Ali.
Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ke-6 ABIM yang lebih mengenali sikap Anwar ‘yang suka menafikan segalanya’ serta ‘sikap menyalahkan pihak lain yang tiada dalam mesyuarat itu’ terus mengasak hubungan Anwar-Khalid.
Persoalan Agenda Anwar-Khalid dalam IKD & Sekutu-Sekutunya
Berikut merupakan petikan perdebatan Dr Yusri dengan Anwar berkenaan peranan gelap IKD dan sekutunya.
“Buku Islam Pluralisme (yang diterbitkan oleh penulis IKD), dalam ini ada artikel John Hick, Asghar Ali Engineer, berapa banyak lagi buku-buku…”, kata Yusri.
Ketika ini Anwar cepat-cepat mencelah, “Itu (kena) serang Khalid Jaafar, jangan campur (dengan saya)..boleh lah refer. (tetapi) tak kan nak kaitkan dengan saya apa yang dilakukan Khalid”
Yusri membalas, “Tak kan Datuk Seri nak dakwa, Datuk Seri tak tahu, segala benda yang dijalankan (oleh Khalid)…(belum habis Yusri berhujah, terus dibalas oleh Anwar) “Tidak..tidak semestinya (saya tahu)”, kata Anwar yang bertujuan untuk memutuskan hubungannya dengan Khalid.
Melihat gelagat Anwar yang berusaha menafikan itu, Yusri membalas dengan pukulan keras, “Itu kesilapan awak, awak perlu bertanggungjawab (ke atas IKD), Dia (Khalid) menggunakan IKD, tak kan (awak) tidak tahu apa yang berlaku (kerana Khalid bekerja di bawah arahan Anwar).