بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Februari 06, 2011

Bertindak tegas pihak hasut rakyat

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan terus bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina dan cuba menghasut rakyat supaya menentang institusi raja-raja Melayu.

Mereka juga berharap tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam kerana mengeluarkan kenyataan menghina dan menghasut orang ramai supaya menentang institusi raja dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, bukan sahaja Shuhaimi wajar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana melakukan perbuatan itu tetapi ramai lagi pihak dan individu lain yang bertindak serupa wajar dikenakan tindakan.

Sabtu, Februari 05, 2011

BUKU JINGGA : KAMALANATHAN BUAT RAFIZI DIAM !

Baru balik dari kenduri. sempat bukak tv1 rancangan live sesi bual bicara.

Tajuk perbincangan isu buku jingga. panelis kamalanathan, rafizi pkr dan wakil ISIS.

Rafizi punya dewataraya khayalan bercakap mengenai buku jingga macam skrip filem Kamal hasan dan rajinikanth. 100 hari boleh settle semua masalah negara.

Kamalanathan siap persoal salah satu tajuk dalam program buku jingga.

kata pakatan, kita akan memartabatkan institusi kesultanan melayu.

Kamalanthan kata lu bohong, apa benda kamu nak uphold bila kamu sendiri kurang ajar dengan sultan di perak dan kes adun keparat suhaimi shafie ajak rakyat bangkit menentang sultan.

pengacara tergamam !

Rafizi tercengang macam jumpa hantu kak limah kat tepi jalan !

seorang India boleh pertikai anak melayu pkr tatacara tunjuk adab dengan sultan !

WELL DONE KAMALANATHAN, TAK SIA-SIA KAMI TOLONG KAMU MASA PRK HULU SELANGOR !

Posted by GAP KEMBALI 

INSAF ! MELAYU AKAN HANCUR BERDERAI !

Di sini MiM sertakan komentar pembaca blog MiM. Perlu dikongsi bersama anda sekalian :-

1. Kami di Johor telah lama dengar isu yang sama di negara jiran yang merupakan rujukan kerajaan DAP Penang hari ini.

2. Jangan pandang mudah hal ini kerana ini hanya permulaan. Maka itu nama-nama jalan baru cuba mereka lakukan di Selangor dengan matlamat jangka panjang.

3. Walaupun dengan mejoriti 2/3 hasil sokongan Melayu PAS dan PKR, DAP lupa diri. Apa yang kita kesalkan Melayu PAS dan PKR tidak sedar diri!

4. Bayangkan jika mereka dapat menguasai kerajaan pusat. Gambarannya telah kita dapat lihat hari ini (selepas PRU12). Isu tuntutan-tuntutan luarbiasa dan tidak langsung menghormati Sistem Raja-raja Melayu dan kaum Melayu yang telah dijamin perlembagaan.

5. Pola taburan undi dalam PRK Dun Tenang di kawasan-kawasan Cina jelas mencerminkan bagaimana mereka solid dan terpimpin dalam hal undi. Ironinya masyarakat Melayu terus syok sendiri bagai ketam dalam bakul.

6. Wahai saudar-saudaraku orang Melayu/Islam, ingatlah kita sedang berdepan dengan rakan, jiran, penduduk, kenalan ... daripada kaum yang juga berstatus rakyat Malaysia tetapi punya cita-cita politik mereka sendiri.

7. Tidak tergamak rasnya untuk menggambarkan bagaimanakan peritnya kehidupan anak-cucu Melayu di tanah airnya sendiri akibat kesilapan percaturan politik Melayu hari ini.

8. Gambaran keperitan hidup Melayu Pulau Pinang adalah cerminan kegelapan Melayu masa hadapan jika gagal mempertahankan kuasa politik yang dimiliki hari ini.
Posted by MIM 

LEE KUAN YEW 'DITAMPAR' CHEE SOON JUAN ... KAH KAH KAH ... PANAS !

Godfather DAP, Lee Kuan Yew sebenarnya lebih menakutkan dari kerajaan BN ... malah lebih menakutkan dari Mahafiraun dan Mahazalim (gelaran oleh pencacai PAS) Tun Dr Mahathir.

Demokrasi, meritokrasi, hak asasi, kebebasan bersuara dan kebebasan media di Singapura adalah lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan Malaysia.

Jumaat, Februari 04, 2011

ISU TANAH MELAYU ... APABILA SI TOLOL MAHFUZ OMAR BERTUANKAN DAP MENYALAK !

Ini yang dinamakan sebagai kebodohan dalam kebijaksanaan.

Tidak ada cacat celanya jika Tun Dr Mahathir (TDM) mengatakan Malaysia adalah milik orang Melayu dan kaum lain perlu menghormati kedaulatan Raja Raja dan orang Melayu di negara ini.


Prinsip 'jus soli' yang dipersetujui cukup jelas memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang Cina dan India dengan syarat menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu.

Najib perlu respons isu ‘Tanah Melayu’ Mahathir

Respons terhadap kata-kata Tun Dr. Mahathir bahawa Malaysia adalah 'Tanah Melayu' dan Melayu adalah teras negara ini, sangat menarik, terutama apabila ianya datang dari kelompok Pakatan Rakyat.

Dan sudah tentunya wakil Melayu dalam Pakatan yang akan memberi respons pantas ialah MAHFUZ OMAR. Bagi menunjukkan yang dia bukan 'rasis', maka Mahfuz Omar mempertikaikan kenyataan tersebut, sekalipun tidak lama dahulu, dia juga mengungkapkan bahawa keturunannya bukanlah Melayu asal, tetapi Melayu kacukan.... aneh, makhluk ini tidak sedar apa yang diucapkannya sangat bertentangan dengan penentangannya. Mengapa dia jadi Melayu kalau dia tidak percaya bahawa Melayu adalah dominan di negara dan wilayah ini? Mengapa dia tidak menyandarkan bangsa atau keturunan bapanya yang datang dari Benua Kecil Kalinga atau menamakan sahaja dirinya sebagai Keling, bukannya Melayu.

Nik Aziz: Umno zalimi Melayu, Mahathir pula ‘mudah lupa’

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya awal minggu ini dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
“Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...