بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Februari 12, 2011

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.

Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?

KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

2 MUFTI DESAK NIK AZIZ LETAK JAWATAN !!

2 Mufti bersuara. Mendesak Nik Aziz hentikan serta merta laungan perdebatan. Akan tetapi jika hendak diteruskan, beliau mesti meletak jawatan terlebih dahulu. Mufti Selangor dan Johor lantang menolak sebarang perdebatan sesama pemimpin Islam semata2 mahukan populariti murahan.

LEE LAM THYE DESAK DAP KELUAR DARI MALAYSIA!!

Saya percaya mesej yang disampaikan oleh Lee Lam Thye kepada masyarakat Cina cukup tepat pada masa dan waktunya bagi memecahkan tembok prejudis, kebencian serta ekstremis ... yang diasaskan oleh parti DAP. Apa yang melegakan Saya adalah kenyataan ini datangnya dari bekas 'extrimist' DAP yang mahukan masyarakat Cina membuka mata dan telinga dalam semangat 1Malaysia.

HUSAM MUSA DEDAH SKANDAL SEKS ADUN PAS PERUPOK ??


Jika sebelum ini Kumpulan Facebooker Nadi Rakyat dan blogger Papa Gomo mendedahkan Skandal Seks melibatkan ADUN Selising dari Kelantan, kini beliau tidak keseorangan. Pendedahan terbaru akan dibuktikan mengenai kisah seorang lagi ADUN dari PAS, ADUN PERUPOK yang kecoh semalam di beberapa blog. Lebih mengejutkan, pendedahan ini dibongkar oleh salah seorang Pemimpin Kanan PAS Kelantan. WOW !! Apa muslihat beliau?

Anwar nak rampas kuasa ala Mesir ... Bila lagi Tok Hisham?

Dari hari mula kekecohan pasal isu Mesir sampailah berjuta-juta rakyat Mesir yang anti kerajaan berhimpun di Dataran Tahrir, mana Anwar yang dikata baik sangat dengan negara-negara Arab?

Dia juga yang pernah kata pihak Arab akan sumbangkan dana RM 3 trillion kepada Malaysia kalau dia jadi PM. Itulah kononnya bukti Anwar ada hubungan baik dengan negara Arab konon-kononnya.   Dalam konon baiknya Anwar dengan Pak Arab, tidak pula dia bantu pelajar kita? 

Jumaat, Februari 11, 2011

Kerajaan Khalid Gagap Songlap Duit Rakyat

v
 Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan keputusan untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut.
Tanpa mempedulikan kritikan pelbagai pihak kerana menggunakan dana kerajaan negeri bagi tujuan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat di negeri itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...