بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 17, 2011

PERKASA AKAN KAJI PEMANSUHAN ISA



Perkasa 16 Sept.2011: Perkasa menyentuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berikutan tindakan kerajaan yang akan menghapuskan beberapa akta penting berkaitan keselamat negara malam tadi.
Perkasa dengan ini akan mengadakan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi tergempar pada hari Ahad,bersamaan 18hb. Sept. ini. Walaupun belum di pastikan tempat mesyuarat tetapi akan di maklumkan sehari sebelum mesyuarat.

Jumaat, September 16, 2011

PM Buat Pengumuman Penting: ISA Dimansuhkan; Undang-Undang Darurat Ditarik Balik


Image Detail
Beberapa Akta & Undang-Undang Lapuk Lain Akan Turut Dikaji Semula
BERIKUT adalah perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia esok 16 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen pada jam 8.45 malam Khamis:

Selasa, September 13, 2011

Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?


Image Detail

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

Isnin, September 12, 2011

Hero Pun Boleh Sakit?



Siapa tak sakit kalau dah berjuang teruk-teruk tetapi dituduh agen kepada British.

Kepada Mat Sabu dan koncu-koncunya, minta maaflah di bulan Syawal ni. Kan memang digalakkan. 

Janganlah ego sangat sampai benda tak betul pun jadi betul, padah akhirnya..

Ahad, September 11, 2011

TUN HANIFF: ‘KAMI DARI DULU BUKAN POLIS BRITISH, KAMI POLIS NEGARA


IPOH, 9 Sept — Tun Mohammed Haniff Omar menegaskan 25 individu termasuk anggota polis yang terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong adalah wira sebenar, bukan Ahmad Indera atau Mat Indera seperti mana yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Jelas bekas Ketua Polis Negara, kesemua 25 individu itu adalah wira sebenar kerana telah berusaha untuk mempertahankan maruah dan lambang kuasa pihak berkuasa.

Sabtu, September 10, 2011

TOK HIM RASMI MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA TERENGGANU



PERKASA TERENGGANU - Buat pertama kalinya semenjak ditubuhkan pada 17 Dis 2010, Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung nya pada hari ini 10 Sept 2011 di Perkarangan Rumah Pangsa Kg. Kolam, Kuala Terengganu. Presiden PERKASA YB Dato' Haji Ibrahim bin Ali berkesudian merasmikannya yang turut disertai Setiausaha Agung PERKASA YBhg. Tuan Syed Hassan Syed Ali.

Seramai 300 orang ahli PERKASA seluruh Negeri Terengganu yang mewakili disetiap daerah hadir dimajlis tersebut.

Dalam ucapan ringkas, padat serta penuh bermakna, Presiden PERKASA YB Dato' Haji Ibrahim bin Ali telah menyuarakan hasrat keikhlasan beliau bersama rakan-rakan dalam membentuk PERKASA demi kelangsungan perjuangan  agama, bangsa dan negara. Diantara petikan ucapan beliau:

Ahad, Ogos 28, 2011

PENUTUPAN SEMENTARA BLOG PERKASA TERENGGANU

Image Detail

DIMAKLUMKAN BAHAWA BLOG PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA TERENGGANU AKAN DIHENTIKAN SEMENTARA PERKEMBANGANYA MULAI HARI INI SEHINGGA AGM YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 10 SEPTEMBER 2011. HARAF MAAF.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...