بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, September 25, 2011

Kenyataan biadab dan jahat Manoharan digantung enam bulan



KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan digantung selama enam bulan oleh partinya, DAP berhubung satu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial Facebook minggu lalu.

Malaysiakini melaporkan keputusan itu diambil selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Disiplin parti itu yang dipengerusikan, Tan Kok Wai di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Rabu, September 21, 2011

MAT SABU DAN MANOHARAN PERLU DIMASUKAN KE DALAM SATU SEL PENJARA !!!


Mat Sabu Hadapi Tuduhan Burukkan Nama Anggota Dan Keluarga Polis. MARI LAH KITA RAMAI-RAMAI MENDOAKAN SEMUGA MAT SABU CEPAT-CEPAT........... DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA...

BUTTERWORTH, 21 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, pada 21 Ogos lepas.

Sabtu, September 17, 2011

PERKASA AKAN KAJI PEMANSUHAN ISA



Perkasa 16 Sept.2011: Perkasa menyentuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berikutan tindakan kerajaan yang akan menghapuskan beberapa akta penting berkaitan keselamat negara malam tadi.
Perkasa dengan ini akan mengadakan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi tergempar pada hari Ahad,bersamaan 18hb. Sept. ini. Walaupun belum di pastikan tempat mesyuarat tetapi akan di maklumkan sehari sebelum mesyuarat.

Jumaat, September 16, 2011

PM Buat Pengumuman Penting: ISA Dimansuhkan; Undang-Undang Darurat Ditarik Balik


Image Detail
Beberapa Akta & Undang-Undang Lapuk Lain Akan Turut Dikaji Semula
BERIKUT adalah perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia esok 16 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen pada jam 8.45 malam Khamis:

Selasa, September 13, 2011

Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?


Image Detail

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

Isnin, September 12, 2011

Hero Pun Boleh Sakit?



Siapa tak sakit kalau dah berjuang teruk-teruk tetapi dituduh agen kepada British.

Kepada Mat Sabu dan koncu-koncunya, minta maaflah di bulan Syawal ni. Kan memang digalakkan. 

Janganlah ego sangat sampai benda tak betul pun jadi betul, padah akhirnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...