بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Disember 08, 2012

AWAS dengan tektik pengkhianat bangsa, agama dan negara


jenain
HANYA orang bodoh saja yang percaya Anwar dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan haram ini benar-benar ikhlas membantu keluarga remaja Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang mati terkena peluru polis pada April 2010.

Semua peguam yang dilantik ‘membantu’ keluarga arwah ini adalah aktivis Pakatan haram dalam masa yang sama, menyerlahkan lagi agenda sebenar Anwar mempolitikkan perkara tersebut.

Situasinya sama jugalah macam Anwar menggunakan Deepak untuk memburukkan imej Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.  Deepak bebas menggunakan ruang dalam portal berita milik pembangkang dan para manipulator undang-undangnya untuk membantu Deepak sebagai balasan memburukkan Najib.

Samalah kesnya dalam hal yang ini juga.  Ini ‘trademark’ Anwar yang biasa.

Anwar tak minat dengan kematian arwah, dia hanya minat macam mana nak politikkan kes ini untuk menjatuhkan imej kerajaan BN dan polis dalam masa yang sama.  Maklum, polis penguatkuasa undang-undang sedangkan Anwar biasa langgar undang-undang, termasuk meliwat orang.

Sebab itu bila Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam membebaskan Korperal Jenain Subi, Anwar dan NGO belaannya angin satu badan.  Rosak plan Anwar untuk kaitkan polis dengan imej keganasan dan kebrutalan.

Keluarlah segala yang buruk pasal sistem keadilan negara kita, walhal sistem itu jugalah yang bebaskan dia (atas sebab teknikal) dari dakwaan meliwat Saiful pada 9 Januari lepas.

Menunjukkan disitu, kalau menyebelahi puak-puak ini, mahkamah adil, kalau tak menyebelahi, mahkamah tak adil, ada ka macam itu pulak kira-kiranya.

Sedangkan hakikatnya Jenain hanya jalankan tugas, manalah dia tahu yang bawak kereta macam orang gila, enggan berhenti bila diarahkan, langgar beberapa kenderaan orang awam tu budak umur 15 tahun?

Hakim pun persoalkan, apa budak umur 15 tahun buat tengah-tengah malam dan bawak kenderaan?

Ini faktanya, tapi Anwar mana minat dengan fakta.  Dia ada pendekatan suka politikkan kematian orang lain, kesedihan keluarga mangsa atas kehilangan yang tidak terduga itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anwar untuk kepentingan politiknya.

Memang Anwar tak keluar apa-apa kenyataan sekarang berhubung pembebasan Jenain ini, tapi NGO Lawyer for Liberty (LFL) yang setakat ini bersuara menyatakan tidak puas hati terhadap keputusan hakim dalam kes tersebut, sebenarnya Pakatan Rakyatlah, ejaan dan bunyi saja yang lain tapi puak-puak itu juga.

Ini yang rakyat kita jangan mudah dikelirukan, memang pihak yang sama, nama saja berbeza.  Serupalah macam Majlis Peguam, SUARAM, Malaysiakini, Bersih dan sebagainya, semua tu hakikatnya berkiblatkan pihak yang sama – Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Sumber:mykmunet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...