بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 19, 2012

Umat Islam Perlu Jauhi Persengketaan, Titah Sultan Mizan


KUALA TERENGGANU, 18 Ogos – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mahu umat Islam menjauhkan diri daripada persengketaan, perselisihan pendapat dan pandangan sesama sendiri.
Titah baginda ini kerana ia boleh menyebabkan terbuka ruang dan peluang bagi musuh-musuh Islam mencampuri urusan pentadbiran negara dan memecahbelahkan umat Islam.
Setiap perpecahan yang berlaku walaupun atas alasan perjuangan, tidak akan menguntungkan sesiapa, titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Malah, titah baginda sejarah Islam telah menunjukkan perpecahan menjadi sebab kepada runtuhnya kekuatan umat Islam sebagaimana yang berlaku terhadap beberapa kerajaan Islam sebelum ini.
Baginda bertitah sejarah ini seolah-olah berulang kembali dan dapat disaksikan di beberapa negara Islam seperti Syria dan Mesir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...