Masihkah para pembaca ingat lagi dengan kes Ayah Pin dan Kerajaan Langitnya? Ayah Pin merupakan seorang penggiat ajaran sesat yang berpaksikan kepada ideologi pluralisma yang menyatakan bahawa semua agama itu sama. Beliau menganggap segala agama di dunia ini tiada bezanya antara satu sama lain. Dan sehingga kini, Ayah Pin masih lagi bebas berlegar-legar di seluruh pelusuk Asia Tenggara.
Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin salah seorang murid atau pengikut Ayah Pin. Kerana segala macam perkataan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim berkenaan kebebasan beragama saling tak tumpah dengan kata-kata yang sering disampaikan oleh Ayah Pin kepada seluruh pengikutnya.
