KUALA LUMPUR 3 Okt. – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin’.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.