KUALA LUMPUR, Oct 28 — Perkasa menegaskan umat Islam di seluruh negara mesti memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyi lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu di mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru meletus di Malaysia yang mempunyai penduduk yang mengamalkan pelbagai agama.
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali turut menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai tidak “bertanggungjawab” kerana tidak mahu mengambil pendirian jelas mengenai perkara tersebut.