Hari ini dunia politik Malaysia digemparkan dengan isu video seks yang dikatakan telah di”lakon”kan oleh seorang pemimpin tertinggi pembangkang. Menurut “Datuk T” yang mendakwa lelaki yang melakukan perlakuan seks bersama seorang wanita Cina yang dipercayai pelacur itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut ceritanya, video seks tersebut telah dipertontonkan kepada beberapa pihak media bermula jam 9.00 pagi tadi, oleh seseorang bertempat di Hotel Seri Carcosa Negara.
Meskipun berita ini dinafikan oleh beberapa pemimpin PKR yang sememangnya “suka membodek” Anwar seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Nik Nazmi, blogger kontroversi “belaan” Husam Musa, Kickdefella, jelas mempercayai bahawa lelaki di dalam video tersebut ialah Anwar. Selalunya, Kickdefella sangat arif tentang kisah “gelap” pemimpin-pemimpin Pakatan Haram ini.