بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label Gulongan Cauvinis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gulongan Cauvinis. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 19, 2012

Orang Melayu Diminta Bersatu Hadapi Golongan Cauvinis


KUALA NERANG, 13 Okt (Bernama) -- Golongan cauvinis di negara ini tidak akan berhenti memecahbelahkan orang Melayu bagi melemahkan mereka dalam usaha golongan tersebut menguasai negara ini, kata Ketua Umno bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata oleh itu orang Melayu tidak boleh membuat percaturan salah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena sedar ada sekelompok manusia cauvinis yang terang-terang berusaha memecahbelahkan orang Melayu. Mereka mahu menguasai negara ini. Sebarang kesilapan akan membawa padah dan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...