AIDCNews – 31/08/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.
“Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.
Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang.