KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Rakyat perlu bermuafakat bagi mempertahankan keamanan, kedamaian serta kestabilan yang wujud sejak sekian lama, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baginda mengingatkan, rakyat jangan sesekali merosakkan apa yang telah terbina dan terus berpadu menghadapi masa depan yang makin mencabar.
Beta suka mengingatkan rakyat bahawa jangan kita lupa kemakmuran dan kedamaian yang telah digenggam.