بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label Hukum Hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum Hudud. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 21, 2012

Akhirnya Nik Aziz Buka Tembelang Pas Sendiri Perjuangan Hudud, Negara Islam Hanya Retorik Palsu


KOTA BHARU 15 Okt – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang  menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13Pas hari ini adalah bukti bahawa Pas bukanlah parti yang sebenarnya ikhlas memperjuangkan Islam.

Justeru Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof menyifatakan perjuangan Hudud dan Negara Islam serta apa jua yang disebut serta didendangkan dalam siri ceramah mereka hanyalah perjuangan kosmetik semata-mata kerana matlamat mereka hanyalah untuk kuasa sehingga sanggup untuk terus bekerjasama dengan DAP walaupun parti itu jelas menentang hudud dan Negara Islam.

Ahad, September 30, 2012

Hudud: Kit Siang ‘Terajang’ Nik Aziz


pas17150_104456086239444_100000251597669_112872_5128273_n (1)
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Rabu, Ogos 29, 2012

‘Saya Tolak Hudud Pas, Bukan Hudud Islam’


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
“Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini… lain langsung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isnin, Ogos 20, 2012

Pas Jadi Lembu Dalam Pakatan Rakyat


Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.
Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?
Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?
Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama’ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Nik Aziz ialah Karpal tak bersalah, tolak hudud sebab belum dapat petunjuk


nik_aziz_sh
RASANYA hampir semua orang tahu apa jawapan Nik Aziz setiap kali Karpal buka mulut menentang hudud yang PAS nak sangat laksanakan di Malaysia ini.  Karpal bukan Islam, Karpal tak faham, Karpal itu, Karpal ini.

Tapi pendekkan cerita, moral dari kenyataan Nik Aziz ialah Karpal tak bersalah, tolak hudud sebab belum dapat petunjuk dan sebagainya.

Perkara inilah yang menarik perhatian penulis bila menyelak Sinar Harian pagi ini yang memetik kenyataan Nik Aziz berhubung kontoversi terbaru kenyataan Karpal Singh mengenai perlaksanaan hudud.

Khamis, Oktober 06, 2011

Dr Asri disyor ketuai muzakarah hudud dicadang PAS


Pusat Penyelidikan PAS mencadangkan agar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik mengetuai muzakarah mengenai pelaksanaan hukum hudud, yang disyorkan oleh parti Islam itu semalam. 
“Cadangan melantik Dr Asri ini dilihat boleh diterima oleh semua pihak memandangkan beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sama ada PAS, PKR dan Umno. 
“Justeru pelantikan beliau akan lebih menjayakan muzakarah ke arah pelaksanaan usaha yang murni ini,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...