بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label Kafir Harbi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kafir Harbi. Papar semua catatan

Isnin, November 19, 2012

Berjiwa Khadam Pada Kafir Harbi, Nak Jadi Perdana Menteri


Depa kata..,
” Hadi Awang menegaskan, misi ke Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat tidak akan terlaksana sekiranya mendapat sokongan orang Islam sahaja. Semua kaum di negara ini juga mengakui pemerintahan perlu secara masyarakat Majmuk. Apa yang telah ada dalam Perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan, keadilan kepada agama lain, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan sudah disepakati. Tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman, sekali gus mengkritik parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai “tidak relevan.” ”
Iskkk…!!!..
Akhirnya Hadi Awang melanggar amanat yang dia sendiri cipta, Allah tunjukkan kepada pengikut sewaktu dia masih hidup lagi, tetapi saperti biasa mereka akan terpukau dengan serban yang membalut kepala Hadi Awang itu, sahingga di butakan mata hati untuk menilai apakah sebenarnya matlamat amanat yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan umat Muhamad S.A.W di bumi Malaysia satu ketika dahulu.

Selasa, Ogos 21, 2012

Sebetulnya Kafir Saman Hudud, Bukan Karpal Saman Nasha


nasha_karpal
NAMPAK di atas kertas memang Karpal Singh menyaman Nasharudin Mat Isa, sebab dalam prosedur Mahkamah yang tersurat di Malaysia, saman adalah antara orang dengan orang.  Kalau entiti sekalipun (pertubuhan, syarikat), masih lagi diwakili orang.

Tak pernah penulis dengan beruk atau siamang menyaman sesiapa.

Tapi yang tersirat dalam kes ini sebenarnya ialah kafir menyaman hudud.  Malah kalau nak diikutkan, kes ini lebih teruk lagi jika nak dibandingkan dengan tindakan  Zaid Ibrahim (atas kapasiti peribadi), menyaman kerajaan PAS Terengganu kerana meluluskan draf enakmen hudud.

Sekurang-kurangnya Zaid masih mengaku beragama Islam!!

Sabtu, Ogos 18, 2012

DAP Boleh DiKategorikan Lebih Teruk Dari “Kafir Harbi”?


Semalam, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Khairuddin Razali mengeluarkan “fatwa” menyatakan bahawa DAP ditakrifkan sebagai golongan “kafir mua’hid” yang membawa pengertian sebagai golongan “orang bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam”.

Janji apa yang boleh diikat dengan kuffar sedangkan janji itu jelas merugikan dan menjejaskan syiar Islam di negara ini?

Ulama’ “agama PAS” itu menafikan pula bahawa DAP merupakan golongan “kafir harbi” iaitu istilah yang diberikan para ulama Islam di negara ini kepada parti chauvinis ultra kiasu itu.

Katanya, “kafir harbi” membawa maksud “golongan orang bukan Islam yang berada di luar negara umat Islam dan menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam”. Itu pandangan dari Khairuddin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...