KUALA LUMPUR - Kedutaan Jerman di sini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Guenter Georg Gruber berkata kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad".