Para pemimpin Pas Pusat enggan menyatakan pendirian peribadi mereka berhubung kemelut dihadapi bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu itu langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.
''Kita sudah serah kepada Majlis Syura Ulama, jadi tanya merekalah. Saya sendiri tiada pandangan peribadi berhubung isu ini," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Pas Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.