Kuala Terengganu 20/09/2012 - Mesyuarat AJK Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu kali ke 8 tahun 2012 telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu bermula jam 3.30 petang.
Tuan Yang DiPertua Perkasa Terengganu, Tuan Haji Ismail bin Saamah menjelaskan bahawa Perkasa Negeri Terengganu perlu diperkemaskan lagi dari masa kesemasa terutama menambahkan bilangan keahlian disetiap daerah bagi memantapkan lagi kekuatan Perkasa, agar aktiviti-aktiviti sebagai sebuah badan NGO yang berteraskan Agama, Bangsa dan Kedaulatan Raja-Raja dapat digerakan dimasa-masa yang akan datang.
