
Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu berakhir petang Ahad dengan menyaksikan dalam persidangan lima hari itu, parti tersebut ‘jual borong’ agama semata-mata mahu menyakinkan ahli-ahlinya bahawa PAS masih parti Islam.
Tindak tanduk pemimpin-pemimpin PAS itu jelas bertentangan ajaran Islam tetapi apakan daya, impian ke Putrajaya lebih penting dan menjelang PRU ke 13 – ibu segala pilihanraya – dan semuanya halal bagi PAS.
Di mata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti mereka sajalah dapat memperjuang Islam manakala sekutu mereka DAP dan PKR –patut diundi dalam pilihanraya nanti kononnya atas dasar kerjasama politik ‘ tahaluf siyasi’.