Pemimpin Hezbollah mahu protes baru diadakan secara berterusan sambil menyifatkan filem Innocense of Muslims "perang baru" ke atas Islam.
Bercakap kepada televisyen Hezbollah, al-Manar malam tadi, Hassan Nasrallah berkata, sedutan filem itu yang boleh diakses atas talian mencerminkan satu bentuk "perang" ke atas Islam dan Nabi Muhammad.
"Kita perlu menekankan kesedaran di kalangan Muslim dan Kristian bahawa tidak harus ada persengketaan di mana-mana negara atau di mana-mana tempat di dunia," kata Hassan.
Katanya, mereka yang mengeluarkan filem dan pihak yang menyokong mereka harus bertanggungjawab dan "dibawa ke muka pengadilan, dan dihukum dan dipulau."