PUTRAJAYA 29 Feb. - Wira Perkasa hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya lesen akhbar The Star dibatalkan kerana tindakan kali kedua akhbar itu menyiarkan gambar yang didakwa menghina Islam secara terang-terangan.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, akhbar itu didapati tidak peka kepada sensitiviti umat Islam meskipun sedia maklum ramai pembacanya beragama Islam.
