KUALA LUMPUR, 22 Ogos
(Bernama) -- Kerajaan diminta menjadikan sastera Melayu sebagai subjek teras di
peringkat menengah dalam usaha menangkis tanggapan bahawa mata pelajaran itu
tidak penting.
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) Prof Madya Dr Abdul Halim Ali, berkata mata pelajaran sastera Melayu
yang kini kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar, perlu diberi perhatian
serius dalam memastikan ia tidak dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua.