| SENAD (kanan) tiba di Mekah pada hari Sabtu minggu lalu iaitu beberapa hari sebelum hari wukuf. |
SEORANG warga Bosnia, Senad Hadzic, 47, menjadi tumpuan dunia Islam menjelangnya musim haji tahun ini kerana kejayaannya berjalan kaki secara solo dari rumahnya di Bovinic yang terletak di timur laut Bosnia menuju ke Tanah Suci Mekah.
Jarak perjalanan di antara dua lokasi ini menjangkau 5,777 kilometer (km). Senad menghabiskan masa selama 314 hari merentasi tujuh buah negara sebelum tiba ke Baitullah, destinasi impiannya sejak kecil.
Ketika ditemu bual AFP, Senad menjelaskan, perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji ini adalah bentuk pengabdian dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya.