بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, September 05, 2012

DAP & PKR DALANG MENUKAR JALUR GEMILANG DAN MENGHINA GAMBAR PEMIMPIN ???

Inilah orang yang perlu diperhatikan
Orang Melayu perlu bangkit dan sedar dimana mereka berada sekarang ? Jangan dibiarkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menghina pemimpin-pemimpin negara terutama orang Islam.

'Bapak burik anak rintik' itu lah pepatah Melayu yang perlu kita pegang dan menjadikan satu panduan untuk menyelamatkan Bangsa, Agama dan Tanah Air tercinta iaitu 'MALAYSIA'.

Selasa, September 04, 2012

Bendera Pakatan Rakyat Diilham Dari Bendera Komunis Malaya!!!!


AYUH KITA BANGKIT TENTANG MEREKA YANG CUBA MENGANGGU GUGAT KETENTERAMAN NEGARA

SEKARANG kita tahu bahawa bendera yang didakwa Pakatan Rakyat sebagai Sang Saka Malaya dan dikibar oleh macai sakit jiwa Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lepas, bukan berasal dari bendera lama Malaya.

Bendera Malaya yang lama ialah Union Jack dan kita tahu bendera Pakatan (untuk mengganti jalur gemilang) itu sebenarnya dicipta oleh pegawai khas Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi pada 2007, berita disini.

Anwar tak mengaku, Kit Siang tak mengaku, itu bukan masalah sebab 2 ekor manusia dengan lidah bercabang ini sudah diketahui biasa cakap belit-belit, apatah lagi dalam hal yang sudah diketahui tidak menguntungkan politik mereka.

Isnin, September 03, 2012

Perkasa VS Anwar Masjid AlHusin Alor Star


Heboh bloggers Pas malam ini menyiarkan cerita sekumpulan penyokong PERKASA menyerang / menganggu ceramah tazkirah Anwar di Masjid Al Husin Seberang Pumpong, Alor Star Kedah. Semua mengambil sumber dari Keadilandaily.


Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tukar Bendera : Anwar Nafi, Pegawai Anwar Sahkan..


AIDCNews – 31/08/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.
“Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.
Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang.

Ahad, September 02, 2012

Bas Anwar di serang untuk tutup isu tukar Bendera !


Tipu helah pengkhianat agama, bangsa dan tanahair

Apa hal pulak bas muka Anwar di serang ( dipecahkan cermin & disimbah cat ) di Kota Bharu ?  Lepas itu pulak suka-suka hati je pencacai & pemimpin PKR tuduh ini kerja budak UMNO ..

Pecah & simbah cat pulak  kebetulan  panas pulak dengan isu pijak gambar Najib & tukar bendera di malam merdeka oleh penyokong2  Janji BERSIH .
Adakah Anwar & PKR cuba  nak tutup isu berkenaan dengan isu cermin bas nya diserang & disimbah cat ?

Sabtu, September 01, 2012

Tanda-tanda besar kehancuran jati diri bangsa Melayu dan penganut agama Islam sudah semakin jelas

Ayoh bangkitlah Wahai Bangsa Melayu

Tanda-tanda besar kehancuran jati diri bangsa melayu dan penganut agama Islam sudah semakin jelas kelihatan.

Tapi pemimpin melayu dan Islam langsung tidak menampakkan rasa bimbang dengan kemerosotan yang sedang terjadi kepada kedudukan melayu dan Islam di negara ini.

Pemimpin Islam pembangkang sudah tidak peduli lagi akan semua ancaman ini, malah merekalah yang menjadi penyumbang terbesar kepada keruntuhan maruah dan jati diri orang melayu dan Islam di negara ini.

IKUT TEORI HISHAM KDN, VIDEO INI BUKAN DALAM KATEGORI 'INSIDEN BURUK'.


Adakah perbuatan keji sebegini perlu kita biarkan ??????????????????????????????????????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...