KUALA LUMPUR - Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.
