بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Oktober 10, 2012

Utamakan Islam bukan kuasa, Nasha gesa Pas


KUALA LUMPUR - Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

Selasa, Oktober 09, 2012

Orang Melayu perlu bersyukur dengan jasa kerajaan selama ini


Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbang dengan sikap orang Melayu, khususnya generasi muda yang tidak bersyukur dan menghargai jasa kerajaan selama ini dalam memberi keselesaan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh kerajaan sebagai "penindas".

Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya kerajaan tidak adil dan menindas orang lain.

Isnin, Oktober 08, 2012

Undi kepada Pakatan seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula, kata Dr M


Undi kepada Pakatan seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula, kata Dr M
KUALA LUMPUR, 7 Okt — Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama ‘masyarakat sivil’ serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.
“Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.

Ahad, Oktober 07, 2012

Soros Jadian Di Malaysia Semakin Menjadi-Jadi


BARU-BARU ini Malaysia digemparkan dengan kes penajaan Soros kepada Pertubuhan SUARAM dan beberapa Pertubuhan atau NGO lain, bagi menggerakkan suara keadilan di Malaysia tanpa batasan.
Amat mengecewakan bagi sesetengah masyarakat Malaysia merasakan ianya tidak wajar sekali apabila orang luar sudah berani mempertaruhkan wang mereka untuk menjajah minda dan hak bersuara rakyat sesebuah negara.
Inilah yang amat kita takuti dari dahulu sehingga sekarang, apabila rakyat boleh dengan mudahnya dibeli dengan wang ringgit.
Ada wang jiwa manusia pun boleh dibeli. Suara tentang pilihanraya umum ke-13 semakin hari semakin jelas pertanyaannya bila ianya akan berlaku?

Sabtu, Oktober 06, 2012

NGO Desak KDN Siasat Pembangkang Bawa Masuk Peguam Asing



KUALA LUMPUR: Enam badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang berhasrat membawa masuk pihak asing mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan keselamatan negara berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Mohd Taib berkatasiasatan itu perlu bagi mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luarnegara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamahdi Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.

Jumaat, Oktober 05, 2012

Ibrahim Ali : Anwar Ke Paris Ketika Perbahasan Bajet 2013


KUALA LUMPUR 3 Okt. – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin’.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.

Kerajaan komited bendung masalah sosial remaja: Najib


KUALA LUMPUR: Kerajaan komited membendung masalah sosial terutama membabitkan remaja seperti ketagihan dadah, alkohol, perjudian haram dan jenayah siber melalui pelbagai program antaranya dalam bentuk kaunseling, perlindungan serta pemulihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, gejala itu perlu dibendung demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, antara langkah yang diambil adalah penubuhan Kuala Lumpur 'Krash Pad' (KLKP) di kawasan Chow Kit yang berfungsi sebagai tempat selamat kepada remaja di kawasan berkenaan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...