PAS diera mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR dilihat lebih mementingkan politik mengatasi segala-galanya termasuk memperjuangkan syiar Islam yang dilaungkan serta dikatakan asas perjuangan parti itu.
PAS juga kini sudah dijerat oleh PKR-DAP sehingga sanggup menutup mulut dari berkata benar demi menjaga hubungan politik.
Kerana itulah, pada Khamis, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa atau kenyataan jelas mengenai isu kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
