بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label LGBT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LGBT. Papar semua catatan

Ahad, Disember 02, 2012

Perwakilan Umno Bidas Pembangkang Gadai Agama Dan Akidah


KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang melonjakkan konsep dan pendirian yang boleh menggadai agama dan akidah Islam menunjukkan ada yang tidak kena dengan perjuangan mereka.
Rata-rata perwakilan Umno yang membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini hari ini, membidas tindakan pembangkang yang dilihat mampu enjahanamkan umat Islam dan membawa padah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin misalnya, berkata: "Sesiapa yang menyatakan agama lain sama atau lebih tinggi (kedudukannya daripada Islam), maka tersisihlah dia daripada jalan Allah.

Selasa, November 13, 2012

Apa Lagi Yang PAS Boleh Putar Untuk Selamatkan Nurul Izzah?



Rasa mual dan loya tekak saya apabila membaca tuduhan puak-puak PAS di laman-laman web mereka yang menuduh bahawa akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain sengaja memutar belitkan kenyataan Nurul Izzah.

Bukan sekadar transkrip penuh yang diterjemahkan, malah rakaman video tulen yang menayangkan Nurul Izzah menyokong orang Melayu untuk murtad juga sudah disiarkan oleh media-media tersebut.

Namun, dek kerana PAS tahu bahawa ahli-ahli bawahannya kurang fasih berbahasa Inggeris, malas berfikir dan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka, mereka sengaja membuat tuduhan tidak berasas itu terhadap akhbar tersebut.

Khamis, November 08, 2012

Bukti Nurul Izzah sokong gejala Murtad!

Mampos kau Nurul Izzah, selama ini kau membohong kata takde bukti yang kau sokong Murtad dan LGBT. Nah ini video yang didedahkan oleh sel13.com 

Sabtu, September 29, 2012

Malaysiakini adalah lidah pembangkang


Pulaukan Malaysiakini


Sudah terang lagi bersuluh Malaysiakini adalah lidah pembangkang. Perkasa mengambil keputusan tidak lagi melayani Malaysiakini mulai hari ini.
Setiap kali Perkasa akan adakan sidang media selepas ini, Perkasa tidak alu-alukan wakil Malaysiakini hadir. Malaysiakini adalah hanya portal berita internet yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan yang bertanggunjawab menjaga agensi media mengapa perludilayani.
Mereka tidak patut diberi pass media. Pass media perlu diberi kepada media yang berdaftar sahaja. Perkasa menyeru NGO-NGO memulaukan Malaysiakini.

Isnin, September 10, 2012

Tolak enam jenis politik amalan pembangkang


Orang ramai dan para pengundi diminta menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

"Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam; politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...