بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Ogos 20, 2011

Reputasi DBP semakin dipersoalkan... rugi jutaan ringgit sejak 2002


dbp

SEORANG teman berjenaka: “Jika kita baling batu ke kaca jendela bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada dekad 60-an hingga 80-an, serpihan kacanya akan mengena bahu sasterawan dan pemikir budaya.

“Hari ini serpihan batu itu sekadar kena tapak kaki birokrasi yang semakin menjauh daripada jiwa bahasa dan sastera.”

Jenaka teman itu kerana meyakini DBP atau nama asalnya Balai Pustaka yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 bukan lagi dominan untuk sasterawan, ahli bahasa dan pemikir budaya.

Ibu terkejut tuisyen sebar Kristian



KUALA LUMPUR 18 Ogos – Ibu kepada dua kanak-kanak Melayu yang dikatakan belajar di sebuah pusat tuisyen yang cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus kepada mereka, terkejut dengan pendedahan akhbar ini berhubung perkara tersebut.

Rosiati Mohd. Repha, 40, berkata, dia tidak menyangka pusat tuisyen yang disangka mengajar subjek akademik itu melakukan perbuatan menyalahi hukum agama.

Jumaat, Ogos 19, 2011

UMAT ISLAM MALAYSIA BERPECAH EMPAT ????


Image Detail

UMNO, PAS, PKR dan AMANAH ???

JERLUN 19 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.

Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya “berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.

Pendakwah bukan Islam perlu berhati-hati !!!!!!!


Perlembagaan Negara telah memberikan kebebasan beragama untuk setiap warganegara. Namun ada peruntukan yang melarang kegiatan dakwah bukan Islam pada umat Islam. Dalam erti kata lain sudah ada peruntukan untuk menghalang murtad dikalangan umat Islam. Kejadian yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church telah mendedahkan bahawa undang-undang negara telah dilanggari. Pihak Gereja telah menjalankan aktiviti dakwah pada umat Islam dengan niat untuk memurtadkan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...