Penganjuran PABM menunjukkan kejayaan negara untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Ia membolehkan negara di luar Nusantara mengenali serta mempelajari bahasa yang sering digunakan oleh negara di Asia Tenggara.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.
Jumaat, Mac 09, 2012
Khamis, Mac 08, 2012
Saya nak jadi PM, bukan MB
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.
“Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak… Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM,”
Rabu, Mac 07, 2012
Memang Amerika bantu Anwar
KUALA LUMPUR 6 Mac - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan ternyata benar apabila ia diakui sendiri beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah mereka mendakwa, bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.
Selasa, Mac 06, 2012
Ada pemimpin keturunan Yahudi dalam DAP ???
Laman web NationMaster menulis, keturunan Teresa Kok Suh Sim adalah Chinese-Jewish.
“Teresa Kok Suh Sim (Chinese: 郭素沁) born 31 March 1964) became the first Chinese-Jewishwoman to be elected into the Malaysian parliament”.
Jika perkara tidak benar , beliau wajib menyaman laman web terbabit . Kalau diam itu bermakna tanda setuju ...
Sabtu, Mac 03, 2012
SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA !!!!!
Banyak yang telah kita dengar dengan isu tangkapan khalwat yang melibatkan Penasihat Menteri Besar Selangor, Dr. Badrulamin Bahron, saperti biasa ada yang pro dan ada yang contra, tidak ramai yang ingin membela ostad PKR ini dari yang menghentam, kerana ostad ini juga terkenal dengan maki hamunnya bila berceramah.
Baik sahabat pembaca sekelian. semoga sejahtera didalam lindungan Allah semata.
Tup tap tup tap tetiba meletup berita alkisah seorang di tangkap kerana sedang besekedudukan didalam sebuah bilik hotel mewah di bandar Kuantan. Setelah di risik maka jelaslah yang terlibat itu adalah Penasihat Menteri Besar Selangor, Badrulamin Bahron. ( patut ler Selangor sekarang jadi pusat Maksiat, penasihat pun kaki maksiat jua)
Jangan marah kan aku kerana berpersepsi sedemikian, kerana ada sebabnya mengapa aku berkata demikian kepada Selangor, negeri kucintai.
Baik sahabat antara yang mencetus persoalan ialah dakwaan Badrulamin yang dia dibelasah dan dikurung 20 orang lelaki yang dibawa oleh suami perempuan berkenaan. dan menuduh pula ini perangkap UMNO. ( UMNO lagi?) sama saperti Boss nya Anwar yang sering menuduh UMNO menjadi dalang dalam setiap kecelakaan yang berlaku.
Kemudian menjadi celaru bila mana dia sendiri tidak membuat lapuran polis, tidak mendapatkan rawatan di hospital setelah mendakwa dibelasah 20 lelaki dan akhirnya pihak hotel telah menafikan 20 samseng ada menceroboh hotel tersebut pada malam kejadian.
Kemudian yang terbaru Badrulamin mendakwa pembantunya diberi rasuah supaya tidak menjadi saksinya dalam kes khalwat tersebut. sama sahaja jalan ceritanya macam script Anwar.
Kalau dilihat semua lakaran scrip diatas, seolah olah si Badrulamin kehilangan semua punca untuknya membela diri, Aku tak percaya keadaan ini boleh berlaku, paling tidak, sudah tentu ada rakaman CCTV hotel bagi membuktikan hotel itu diceroboh 20 orang samseng yang dibawa suami wanita tersebut. Jangan main main pihak hotel juga mempunya sistem keselamatan mereka sendiri.
Mengapa Badrulamin tidak membuat laporan polis jika benar terjadinya serangan terhadap dirinya?
Khamis, Mac 01, 2012
Erykah Badu: Wira Perkasa serah memorandum kepada KDN
PUTRAJAYA 29 Feb. - Wira Perkasa hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya lesen akhbar The Star dibatalkan kerana tindakan kali kedua akhbar itu menyiarkan gambar yang didakwa menghina Islam secara terang-terangan.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, akhbar itu didapati tidak peka kepada sensitiviti umat Islam meskipun sedia maklum ramai pembacanya beragama Islam.
Rabu, Februari 29, 2012
Malaysia upaya ada sistem sendiri yang unik - Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Malaysia tidak harus terlalu banyak bergantung kepada Barat, sebaliknya perlu menghasilkan sistemnya sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad malam semalam.
Beliau berkata, Malaysia berbeza daripada negara-negara Barat dan unik dalam caranya sendiri, justeru sistem dari Barat mungkin tidak semuanya bersesuaian.
Langgan:
Catatan (Atom)

