بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label Datuk Zulkifli Nordin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Zulkifli Nordin. Papar semua catatan

Sabtu, November 10, 2012

Nurul Izzah & Kebebasan Agama: Zulkifli Noordin Sedia Membela Utusan Malaysia


Kebebasan Agama Dari Sudut Islam & Perlembagaan Negara - Bantah Nurul Izzah
Malam tadi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru telah diadakan satu forum bertajuk“Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan” bagi mengupas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama seharusnya dilaksanakan secara sama rata termasuk merangkumi orang Melayu.

Forum ini dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) PERKASA dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan 
manakala Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah pula bertindak sebagai moderator.


Antara ahli panel yang hadir ialah sahabat kepada Anwar Ibrahim iaitu Dr Yusri Mohamad dan Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina.

Turut hadir sama ialah bekas pemimpin PAS, Zulkifli Noordin dan bekas Naib Presiden PAS yang kini adalah Presiden JATI iaitu Dr Hasan Ali
Kira-kira 300 orang memenuhi Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi, malah wakil dari portal pembangkang serta beberapa orang bloggers pro kerajaan juga kelihatan.

Ahad, Oktober 14, 2012

Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian

zul-nasha
Pendedahan Nasharudin...Zulkifli Nordin tunjuk bukti dalam Dewan Rakyat.


Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak.

Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian.

 Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen  pembangkang cuba ganggu perbahasannya tetapi Zulkifli bertegas  meneruskan hujah  bagi menyanggah pemimpin DAP yang menafikan apa  didedahkan Nasharudin dalam seminar di Dewan Merdeka, PWTC, pada  Selasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...