بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Isnin, November 05, 2012

TPM minta rakyat tidak perjudi masa depan negara dengan sokong pembangkang


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan. 

Beliau berkata, kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin 'bersimpang-siur' dan 'cacamarba' dalam pentadbiran mereka. 

"Masa depan tidak boleh diperjudikan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN semasa berucap pada majlis perjumpaan khas anggota jentera pilihan raya BN Pagoh, di sini, hari ini. 

Khamis, November 01, 2012

AES - Pembangkang sentiasa ‘menangguk di air keruh’


aes
Sudah macam-macam pihak bercakap pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tujuannya mungkin baik tetapi dilihat pelaksanaannya tergesa-gesa dan tidak kena masa.

Seperti biasa, pembangkang sentiasa ‘menangguk di air keruh’ mencari mileage politik mereka menjelang PRU ke 13.

Ketika pemimpin parti politik BN mencadangkan AES dikaji semula, pembangkang pula menghasut pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang sudah dikeluarkan pihak berkuasa sejak AES dilaksanakan.

Sebab itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melihat tindakan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) meminta pemandu yang disaman berdasarkan AES tidak membayar kompaun hanya tindakan populis untuk menghadapi PRU ke13.

Jumaat, Oktober 26, 2012

Pilih BN negara aman


Pengundi di negeri ini diingatkan supaya memilih calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi memastikan BN terus memerintah, demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri (Ukom), Haji Shamsudin Sulong, berkata hanya BN yang mampu menjaga keamanan negara dan kestabilan politik, berdasarkan sejarah pentanbirannya sejak dulu hingga kini.

Beliau berkata, pengundi di negeri ini perlu mengambil iktibar daripada kehancuran negara-negara lain seperti Syiria, Lubnan, Iraq, Palestin, Afganistan dan beberapa lagi negara Arab yang lain akibat politik yang tidak stabil dan perangan sesama sendiri.

Selasa, Oktober 23, 2012

Melayu Sudah Muak Dengan DAP – Najib


KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu.
“Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP…semuanya karut,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.
Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Isnin, Oktober 22, 2012

Ahli Perkasa Sokong Calon BN - Ibrahim Ali


SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

Dr Mahathir kata masa dah sesuai panggil PRU


Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, pandangan dan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bila sesuai pilihanraya diadakan selalu curi tumpuan berbagai pihak.

Ketika ditemui pemberita Ahad, kata Dr Mahathir, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai.

Katanya, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

Ahad, Oktober 14, 2012

Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian

zul-nasha
Pendedahan Nasharudin...Zulkifli Nordin tunjuk bukti dalam Dewan Rakyat.


Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak.

Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian.

 Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen  pembangkang cuba ganggu perbahasannya tetapi Zulkifli bertegas  meneruskan hujah  bagi menyanggah pemimpin DAP yang menafikan apa  didedahkan Nasharudin dalam seminar di Dewan Merdeka, PWTC, pada  Selasa.

Isnin, September 10, 2012

Tolak enam jenis politik amalan pembangkang


Orang ramai dan para pengundi diminta menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

"Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam; politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

Isnin, Ogos 27, 2012

PM minta rakyat tidak buat perubahan yang tak pasti kebaikannya


PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. 

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. 

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, hari ini. 

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008. 

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat. 

"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik. 

"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...