KUALA LUMPUR, 25 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbaharui azam dan memperteguh tekad bagi membina dan memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.
Dalam perutusannya, Muhyiddin berkata Aidiladha memberi erti bahawa perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.
“Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang,” katanya.