بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Mac 05, 2011

Hormatilah pandangan Harussani

PASIR MAS 4 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap sebarang desakan yang meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan hanya kerana beliau mengeluarkan pandangan, sebagai satu tindakan amat bodoh dan memalukan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu juga membuktikan mereka layak digelar golongan ‘cakap tak serupa bikin’.
Katanya, sebagai seorang mufti dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, Harussani mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dalam setiap perkara tanpa pengaruh politik.

Dr M: Melayu masih perlu dibantu

JITRA, 5 Mac — Orang Melayu masih memerlukan bantuan kerajaan kerana dasar ekonomi yang digubal bagi membantu mereka masih belum mencapai matlamatnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun terdapat segelintir usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu.
“Masa belum tiba bagi kerajaan menghentikan bantuan kepada orang Melayu kerana dasar ekonomi sekarang belum mencapat matlamat.
“Tongkat ini (bantuan kerajaan) bila diguna berkali-kali akan lemah tetapi itulah satu-satunya kuasa yang ada untuk membantu mereka buat masa ini,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam amal Persatuan Kontraktor Melayu Kedah (PKMMK) di Dewan Wawasan di sini, malam semalam.

Jumaat, Mac 04, 2011

Lagi desakan batal keputusan bawa masuk pekerja India

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan digesa membatalkan serta-merta keputusan untuk membawa masuk 45,000 pekerja dari India bagi mengisi kekurangan tenaga kerja kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan negara.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, keputusan itu akan meningkatkan lagi jumlah pekerja asing di negara ini sekali gus membangkitkan masalah berkaitan keselamatan.
Selain itu beliau berkata, ia juga boleh menyebabkan konflik antara mereka dan penduduk setempat ekoran berlakunya pertembungan budaya.
“Kita khuatir kemasukan beramai-ramai pekerja asing akan menyebabkan kehidupan masyarakat kita semakin tidak tenteram kerana berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan.

Khamis, Mac 03, 2011

Buku Jingga Hanyalah Umpan Politik – Dr Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik.
Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini.
“Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Rabu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.
Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. – BERNAMA

Rabu, Mac 02, 2011

Pekida nafi pasang kain rentang hentam PERKASA



Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan ‘PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan’.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Selasa, Mac 01, 2011

Dr. M ketuai penerima anugerah UIAM

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan sumbangan besar beliau kepada pembangunan universiti berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Bersama Pemimpin anjuran persatuan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Selain Dr. Mahathir, Rektor UIAM yang pertama, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan pula menerima Anugerah Penghargaan Khas Alumni.

Bantah kemasukkan 45 ribu pekerja dari India – PERKASA

PERKASA terkejut dengan keputusan krajaan untuk mengambil 45ribu pekerja asing dari India,alasan kekurangan pekerja dalam berbagai sektor,benarkah sebanyak ini yang di perlukan?kenapa dari India?.
Ini berikutan dengan langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia meluluskan pengambilan 45,000 pekerja asing oleh Persatuan Peniaga-peniaga India Malaysia bagi membantu mengisi kekurangan tenaga kerja dalam 13 jenis perniagaan yang diusahakan mereka.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian mengambil kira kesukaran untuk sesuatu perniagaan beroperasi kerana tiada tenaga kerja yang mencukupi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...