NAMPAK di atas kertas memang Karpal Singh menyaman Nasharudin Mat Isa, sebab dalam prosedur Mahkamah yang tersurat di Malaysia, saman adalah antara orang dengan orang. Kalau entiti sekalipun (pertubuhan, syarikat), masih lagi diwakili orang.
Tak pernah penulis dengan beruk atau siamang menyaman sesiapa.
Tapi yang tersirat dalam kes ini sebenarnya ialah kafir menyaman hudud. Malah kalau nak diikutkan, kes ini lebih teruk lagi jika nak dibandingkan dengan tindakan Zaid Ibrahim (atas kapasiti peribadi), menyaman kerajaan PAS Terengganu kerana meluluskan draf enakmen hudud.
Sekurang-kurangnya Zaid masih mengaku beragama Islam!!