بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, April 01, 2011

Interlok: Masyarakat Cina sengaja mahu uji Putrajaya, kata Pena

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Persatuan Penulis Nasional (Pena) menyifatkan desakan dibuat pertubuhan Cina semalam sebagai mahu “mencuba nasib” untuk “menguji” Putrajaya setelah masyarakat India berjaya dalam tuntutan mereka berhubung novel kontroversial Interlok.
Semalam, beberapa pertubuhan Cina secara terbuka mengkritik karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sambil menyifatkannya bersifat rasis.
Beberapa wakil masyarakat Cina menggambarkan watak orang Cina dalam novel itu sebagai tamak, “tahi candu” dan kaki perempuan semata-mata untuk memberikan kelebihan kepada orang Melayu.

Khamis, Mac 31, 2011

Sekolah agama terima durian runtuh RM125 juta

KUALA LANGAT – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan pengurusan bernilai RM125.77 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah agama rakyat (SAR) serta kelas agama dan fardu ain (KAFA) di seluruh negara.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM120.77 juta untuk SABK meliputi bantuan persekolahan, perkhidmatan kawalan keselamatan, kebersihan dan utiliti manakala SAR dan KAFA pula menerima RM4.998 juta.

Rabu, Mac 30, 2011

Tak Perlu Sensasikan Pengunduran Ketua Wira Perkasa - Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan Arman Azha Abu Hanifah meletakan jawatan sebagai Ketua Wira berkuat-kuasa serta merta adalah perkara biasa yang tidak perlu disensasikan.
Menurutnya, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin dan ahli pertubuhan itu berjuang secara sukarela dan bebas untuk meletak jawatan.
"Peletakan jawatan Arman adalah perkara biasa, saya ucap terima kasih atas sumbangannya selama ini.
"Perkasa adalah sebuah NGO dan semua berjuang secara sukarela. Cuma hebat sungguh Perkasa sekarang sehingga peletakan jawatan juga menjadi minat media," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.

Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan - Tawaran Istimewa UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.
Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.
Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa.
"Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini, petang Selasa.

Selasa, Mac 29, 2011

Wan Azizah Patut Tengok Video Untuk Cari Kebenaran – Prof Madya Dr Baharudin

KUALA LUMPUR 28 Mac – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disaran agar tidak melatah berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan tokoh pemimpin pembangkang yang juga suami beliau.
Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Dr. Baharudin Putih berkata Wan Azizah sewajarnya melihat terlebih dahulu video berkenaan dan bukannya membuat penafian berdasarkan maklumat daripada pihak lain.
Menurut beliau langkah berkenaan adalah lebih baik daripada melatah tidak tentu hala kerana ianya melibatkan maruah suami serta keluarga beliau itu sendiri yang kini telah menjadi perhatian dan cakap-cakap di warung kopi.

Isnin, Mac 28, 2011

Lebih baik ditadbir penjajah jika hak Melayu terhakis

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...