بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Februari 26, 2011

Najib: Polis perlu tindak, kaum India wajar tolak Hindraf

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.
“Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib (gambar) berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.

13 Mei dan Hindraf...27 Feb..

Bagai satu kebenaran nyata dan terserlah NOVEL INTERLOK pujaan saya. Kisah nyata dan jelas..bagaimana pelayaran dalam sebuah Kapal belayar mencari satu kehidupan baru yang damai dnamakn TANAH MELAYU, penuh sahdu dan sopan bila mula menjejakan kaki ke Tanah Bertuah Melayu...namun setelah berjaya dan senang, aman, tiada lapisan kasta...nialai murni telah berubah, menjadi biadab dan lupa diri, anak peribumi yang pernah melindungi Datuk Nenek Moyang mula dan telah di gigit...Melayu bagai melepaskan ANJING tersepit.

Wahai HINDRAF dan para penyokong mu..silalah sila lah memprovokasi Melayu...buatlah demontrasi jalanan...kerana kamu memang tiada kerja..itulah kerja kamu..pokok getah dan estate pun telah berkurangan...INGATKAH kamu 13 MEI..bagaimana perarakan kaum Cina DAP Gerakan...mencaci Melayu..meludah...menghina...hingga Melayu yang ketika itu amat bersabar..hilang pertimbangan. Adakah kamu ingin mengulangi lagi..kali ini...antara Hindraf India dan Melayu.Siapa sebenarnya lebih Rasis...
Jangan usik HARIMAU TIDUR...kalau kamu tidak tahu belangNYA...kamu ingat kami ini KUCING..

Jumaat, Februari 25, 2011

Bertindak tegas terhadap Hindraf

KUBANG PASU 24 Feb. – Pemimpin pertubuhan haram, Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin pertubuhan itu.
Tegasnya, kerajaan memandang serius perkembangan pertubuhan itu yang sudah diharamkan tetapi masih wujud dan beroperasi.

Khamis, Februari 24, 2011

GEMPAR! SUDAH ADA ORANG DALAM UMNO SENDIRI NAK RAMPAS KUASA?

Semalam aku terkejut baca apa yang ditulis oleh The Unspinners dalam blog mereka. Menurut The Unspinners ada cubaan dari dalam UMNO untuk mejatuhkan UMNO ala-ala Sept. 16. Mari kita baca apa yang ditulis oleh mereka dibawah ini:

Seorang pemimpin UMNO sedang merancang untuk mengkhianati BN. DIfahamkan dia telah buat pertemuan dengan beberapa kumpulan termasuk beberapa kumpulan ahli Parlimen BN yang kecewa dan NGO pro-India.

Dipercayai ada satu perjumpaan pada Ahad, Februari 27hb di rumah pemimpin tersebut.

Gerakan ini dibuat supaya mereka ada kuasa tawar menawar (bargaining power) dengan BN ala 916 yang Anwar cuba lakukan pada tahun 2008.

Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah “kafir.”
Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga “satu tuduhan amat serius.”
“Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS,” kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.
Tulisan Dr Mahathir itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.
“Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, ‘apa nama kerja ini’.”

JADILAH WARGANEGARA YANG MENGENANG BUDI DAN BERTANGGUNGJAWAB

Baru-baru ini penulis ada pulang ke kampung halaman menjenguk sanak saudara di sana. Sebagaimana kita tahu, negeri Kedah banyak menghantar anak-anak Kedah ke Mesir untuk belajar, terutamanya di Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah. Penulis turut berkesempatan untuk bertemu beberapa pelajar yang telah dibawa pulang ke tanahair oleh pihak Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Adik-adik kita ini begitu bersungguh menceritakan kepada penulis tentang keadaan huru-hara di Mesir. Pelbagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan diharungi oleh pelajar-pelajar kita di sana dan mereka bersyukur ke hadrat Allah kerana berjaya dibawa pulang kembali ke Malaysia.

Harun Taib Tegur Anwar Dukung Pluralisme

KUALA TERENGGANU 22 Feb. – Fahaman pluralisme tidak sepatutnya wujud dalam kalangan umat Islam kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran serta akidah umat Islam.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, Islam melarang sama sekali umatnya mengamalkan fahaman seumpama itu dan ia tidak boleh dicampuradukkan dengan ajaran agama suci itu.
Beliau seterusnya menegaskan, larangan itu tidak terbatas kepada sesiapa saja atau mereka yang mendukung fahaman tersebut, tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun beliau sendiri.
“Setakat ini saya belum terima penjelasan lagi mengenai dakwaan yang mengaitkan Anwar sebagai pendukung fahaman itu di negara ini, saya belum lagi terima laporan mengenainya.

Rabu, Februari 23, 2011

Video : DBP , Rizab Melayu , Subsidi , Melayu.......

MiM ingin berkongsi dengan anda sekalian satu lagi video semasa Konvensyen PAS baru-baru ini. Video ini selama 44 minit. Lama tapi take your time.

Tak kira sama ada anda pro-BN atau pro-pembangkang, jika anda orang Melayu, video ini patut ditonton !
Dan berikan komen anda.

Lihat video di bawah :-



Apakah komen anda ?

Siapakah Blogger Yang Dibayar RM 5 Ribu Sebulan Oleh Pejabat PM ?

Pada 15 Febuary 2011 satu forum tertutup telah diadakan untuk membincangkan bagaimana PKR dan pak-khatan rakyat dapat meningkatkan sokongan pengundi melayu.

Salah seorang pembentang kertas kerja dalam forum itu bersama dengan Nurul Izzah yang juga anak kepada seorang peliwat ialah wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari , orang yang sering mengatakan dia seorang yang bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Dia kata dirinya bebas, tetapi dia boleh bentang kertas kerja dalam forum PKR bagaimana cara nak jatuhkan Umno dan BN. Bebas kepala angguk dia !

Selasa, Februari 22, 2011

ISA mereka yang cuba jatuhkan kerajaan ala rusuhan Mesir



Is bermula dengan usaha Mat Sabu, Tian Chua, Idris Ahmad, Nasruddin Hasan, Badrul Hisham, Syed Ibrahim Syed Nor, dan beberapa orang membuat protes ke Duta Mesir.

Mat Sabu sudah katakan ucapan hasutan untuk menjatuhkan kerajaan melalui proses tidak demokratik.

Ketika yang sama, Anwar pun sudah sebut di luar negara dan dalam blognya serta dalam ceramah untuk rakyat bangkit lakukan rusuhan ala Mesir untuk jatuhkan kerajaan kerana menyedari tembelangnya akan terbarai dan pengaruhnya menurun.

CILI KASI TARUK! VIDEO UMMI HENTAM AZMIN BERKUNYIT - EPISODE 3



Cili kasi taruk Ummi! Ini part 3 u all! Terima kasih kepada Perak Today kerana menyiarkan video ini..

PANAS BERAPI! VIDEO CERAMAH BERAPI UMMI DI BATU GAJAH! EPISODE 2



Part 2 ni Ummi cerita pasal Azmin dan Shamsidar! Korang mesti kena tengok!

PANAS BERAPI! VIDEO CERAMAH BERAPIUMMI DI BATU GAJAH! EPISODE 1



Seperti yang telah aku janjikan, nah ini dia video bahagian pertama ucapan Ummi di Batu Gajah! Video lain bakal menyusul. Sementara ni korang tengok la video ni.


Siap kau al juburi! Dulu orang tak suka Ummi sebab kau hasut orang kata Ummi ni penipu, sekarang Ummi berpeluang untuk membela diri! Kalau dulu orang benci Ummi kini lepas dengar je ceramah berapi dari Ummi maka rakyat mula sedar mereka ditipu oleh al juburi selama ini.



Aku sendiri pun pertama kali mendengar ceramah Ummi semalam dan aku terpegun. Ummi memang menceritakan yang benar! Kalau korang berkesempatan dengar ceramah Ummi ni, jangan lepaskan peluang. Aku harap ramai lagi akan anjurkan ceramah Ummi ni.

Yang pasti semalam Batu Gajah BERGEGAR! Steady Ummi

Isnin, Februari 21, 2011

Pas parti oportunis - Dr. M

DR. Mahathir Mohamad melawat Mohamad Anuar yang menghidap penyakit Ekocaldiogram (ECG) di Klinik Bergerak yang disediakan oleh pihak Sime Darby di Hulu Langat, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

Imbangi Tanah Rizab Melayu – Dato Ibrahim Ali

PERKASA menyokong penuh kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato Mohdi Noor Abdiullah supaya kerajaan mengimbangi kewujudian tanah milikan umun dengan Tanah Rizab Melayu dimana sekurang kurangnya 6O% di miliki oleh orang orang melayu sepanjang masa.
Saranan ini pernah saya bawa ke perbahasan Parlimen sebelum ini 2 kali dan juga mengajukan soalan lisan.Ianya termasuk juga didalam resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra sebelum ini yang di anjur oleh MPM tajaan PERKASA.
Kerajaan perlu mengeluarkan butiran terperinci tanah rezab melayu yang telah di ambil untuk projek awam (jumlah hektar) dan apakah sudah di ganti sepenuhnya.

KEYAKINAN NAJIB BERASAS

MESIR DAN MALAYSIA AMAT BERBEZA

Sewaktu pimpinan pembangkang sedang ghairah meraikan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia , Libya dan Bahrain dan mengharapkan kebangkitan yang sama berlaku di Malaysia DS Najib mempunyai keyakinan yang tinggi betapa kebangkitan yang sama tidak akan berlaku di Malaysia.

Sebagai perbandingan mari kita melihat faktor kebangkitan di Mesir berasaskan sudut pandangan Dr Syed Azman Syed Ahmad, salah seorang pimpinan PAS.

Ahad, Februari 20, 2011

GEMPAR! SKANDAL HUSAM TERBARU!


Video ini aku ambil dari Perak Today.


Dalam video ni korang boleh tengok macamana Yahudi cuba nak musnahkan negara Islam. Ini adalah pendedahan dari Tun M. 

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz

SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.
“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?
“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...