بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Mac 19, 2011

DNA : KITA Pertahankan Zaid, Selar Pengarah Komunikasi PKR

AIDCNews – 19/03/11 – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mempertahankan kenyataan Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim yang mengesa Ketua Umum PKR menyerahkan DNAnya untuk menentukan kebenaran dan dalam masa sama menyelar kenyataan Pengarah Komunikasi PKR , Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianggap sebagai kurang matang.
“Jelas kenyataan Nik Nazmi ini cetek akal dan kurang matang sehingga mengaitkan maruah Zaid dengan Perkasa dan Gaps. Cukup pelik bila timbul kenyataan mengenai isu Anwar, maka ia akan dikaitkan pula dengan konspirasi sesebuah parti untuk menjatuhkan beliau”, kata Abd Latif A Tambi, Setiausaha KITA.
Manakala Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat KITA, Rashid Azad Khan, berpendapat kenyataan Nik Nazmi yang meragui ketelusan sistem perundangan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

Jumaat, Mac 18, 2011

Injil: Kristian dakwa dua syarat ‘hina’, enggan terima naskhah dicap

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Masyarakat Kristian menegaskan tidak akan mengambil 5,100 nakshah kitab Injil Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang atas alasan dua syarat dikenakan menghina agama mereka.
Sebaliknya, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mewakili 90 peratus gereja di negara menggesa Putrajaya dengan segera menggugurkan dua syarat dikenakan Kementerian Dalam Negeri, yang membolehkan naskhah Al Kitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching dilepaskan.
“Ini bermakna kitab Injil dalam Bahasa Malaysia kini dilayan sebagai bahan larangan,” kata beliau sambil menambah, ia tertakluk kepada kawalan manusia.

Khamis, Mac 17, 2011

Wan Azizah perlu akhiri kemelut

KUALA TERENGGANU 15 Mac -Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.
Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.
“Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di sini hari ini.

Selasa, Mac 15, 2011

Ekonomi: Melayu perlu bangkit

PUTRAJAYA 12 Mac – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mahu orang Melayu di negara ini bangkit memperjuangkan ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain.
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib kaum Melayu pada masa hadapan lebih terjamin dan terus maju.
Menurutnya, bagi mencapai tujuan itu, generasi muda terutama mahasiswa perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi.

Ahad, Mac 13, 2011

Pembohongan besar Saifuddin

KUALA LUMPUR 10 Mac – “Siapa Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) nak persoalkan kebenaran? Dia pun tidak ada dalam mesyuarat pada masa itu kerana bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, bagaimana dia boleh pertikaikan apa yang Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tulis?”
Demikian tegas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengenai dakwaan Saifuddin yang mendakwa Dr. Mahathir berbohong dalam memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, beliau sendiri hadir di dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu apabila MT memutuskan memecat Anwar daripada UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...